Ni kesah sambutan beday Rayyan yang ke 2 tahun.. Kalau tahun lepas kami celebrate bertiga kat Kenny Rodgers.. Tahun ni mama order kek spesel sket. Kek Upin Ipin. Hikhik sambutan beday besar besaran tetap takde, hanya potong kek bersama famili je. Bukan taknak bt, tapi rumah kami kecik dan Rayyan pun masih belum paham erti beday tu so tunggu la Rayyan dah besar sikit and dah paham..
Ni la kek Upin Ipin yang ditempah. cantek . Rasa pun boleh tahan.
Kami potong kek kat rumah opah Rayyan.. (mak saya lettew).. Saja nak meriah sikit. Ramai la orang, kalau tak kami bertiga je la...
Rayyan yang masih blur, kenapa perlu potong kek so terpaksa lah mama potong sekali ngan Rayyan. Kalau dibiarkan, Rayyan nak pegang kek tu maklumlah ada gambo Upin Ipin atas tu...
Suh Rayyan tiup tapi takottttt Haha Rayyan takot api ok! Hari raya orang main bunga api, die melalak2 takot...
Potong kek bersama papa plak... Baru adil dan saksama... Hehe dah lepas settle baru perasan takde gamba kami bertiga hikhik.. Takpe la...
Menu malam tu, satay ditaja oleh papa rayan..
Dan KFC ditaja oleh opah Rayyan.. hehehhe..
Alhamdulillah dah 2 tahun usia anak kesayangan, semoga beliau membesar dgn sihat dan bijak!
happy belated besday rayyan..semoga menjadi anak cerdik,soleh dan berjaya dunia dan akhirat.amin
ReplyDelete