Tadi saja la BW blog kekawan sbbnye buhsan lak mengadap paperwork... Hasilnye tersinggah blog http://iedaimmi.blogspot.com....
Mengucap panjang aku.. Nauzubillah..... Bebudak skang sangat la advanced.... Aunty dulu anak2, dah sekolah menengah pun naive lagi... Tak paham apa ke benda romen ke apa nie... Ni budak2 skang baru age less than 10 dah terdedah ngan gejala gini.. Menakotkan. Risau memikirkan masa depan anak2...
Pada aku, benda2 macam ni serius and perlu dibendung. Memang tanggungjawab ibu bapa, tapi anak2 bukan dikurung dalam rumah je, pergi sekolah, jumpa kekawan.. So pengaruh luar tu lagi besar dan merangkumi banyak aspek. Sometime rasa cabaran membesarkan anak2 akan datang sangat la adventure. Lebih2 lagi kami berdua ibu bapa yang bekerja......1st thing memang kene didik ngan agama. 2nd kene ajar all the do's and dont's. Tapi macam mana nak explain in layman term and bebudak paham???? Huhuhu mencabar kan????
Sebagai parents, yang paling mampu aku buat, setiap hari berdoa anak2 kami dijauhkan dari segala keburukan, zina dan masalah sosial yg lama. Amin.
Ini lah berita yang sangat menyentak jantung aku! Seram hooooo.... Bukan anak perempuan je risau, yang ada anak lelaki pun skang risau gak.. Banyak sangat pengaruh sosial ni..
Main ‘Romen-Romen Dan Jolok-Jolok’, Kanak-Kanak 9 Dan 12 Tahun Ditahan
BATU PAHAT : Tiga kanak-kanak bersaudara berusia lima dan enam tahun dipaksa melakukan seks oral dan diliwat empat rakan sepermainan mereka berusia sembilan hingga 12 tahun di sebuah rumah pangsa contoh di Taman Bukit Perdana di sini, Selasa lalu.
Empat kanak-kanak dikatakan turut mengugut akan memukul tiga sepupu itu sekiranya mereka memberitahu kejadian berkenaan kepada orang lain.
Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila abang salah seorang mangsa yang berusia tujuh tahun terlihat kejadian berkenaan, sebelum memaklumkan kepada neneknya.
Ibu salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Min, 20-an berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Selasa lalu itu salah seorang anaknya pulang dan memberitahu adiknya main ‘romen-romen dan jolok-jolok’ di dalam rumah contoh berkenaan.
Saya mulanya nak memukulnya kerana difikirkan sengaja mencarut, tetapi berubah fikiran selepas melihat seorang lagi anak dan dua anak saudara lain yang sebelum ini keluar bermain pulang ke rumah dalam keadaan mencurigakan.
“Melihatkan anak saya serta dua anak saudara sudah pulang, saya terus memarahi mereka sebelum memaksa mereka menjelaskan maksud anak sulung saya dengan main ‘romen-romen dan jolok-jolok.
“Hati saya bagai dipanah halilintar apabila anak dan dua anak saudara saya mengaku dipaksa melakukan oral seks oleh empat rakan mereka. Saya kemudian membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membuat laporan polis.“Selepas itu, saya membawa ketiga-tiga mereka ke Hospital Batu Pahat untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan ketiga-tiga mereka turut diliwat.“Kami terkejut dengan hasil pemeriksaan doktor itu dan semua mangsa dimasukkan ke wad dan ditahan untuk pemeriksaan susulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, petang semalam.
Kelmarin, Min sekali ke IPD untuk membuat laporan polis kedua bagi memaklumkan hasil pemeriksaan doktor yang mengesahkan tiga kanak-kanak itu mempunyai kesan diliwat.Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, pihaknya sudah menahan empat kanak-kanak terbabit bagi membantu siasatan.
Kanak-kanak itu ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377 kerana melakukan seks luar tabii dan dibebaskan atas jaminan polis. – paapaada.blogspot
Mencabarnye nak mendidik anak-anak zaman skang..rase nak kurung je anak-anak dalam rumah.boleh..huhu..risaunyee
ReplyDeleteNauzubillah...mmg sgt menakutkan...mcm mnalah those kids boleh bertindak mcm tu..semoga Allah melindungi keluarga kita dari benda2 negatif mcm ni...
ReplyDeleteape lah nk jadi ngan budak2 zaman sekarang ni...?? macam2..
ReplyDeletehmmm...takutnyaaaaaaaaa.....mak ayah kena pantau ni terutama bila dowang main bersama...seram baca :(
ReplyDeletefuhh..dasat bdk2 skg..kecik2 dh advanced..mntk djauhkan dr ank2 kita semua..amin
ReplyDeleteApa nak jadi budak zaman ni...
ReplyDeleteTak baik buat ni ish ish jahat budak zaman sekarang paksa orang buat maksiat!!!
ReplyDeleteTak baik buat ni ish ish jahat budak zaman sekarang paksa orang buat maksiat!!!!!
ReplyDelete