Sunday, July 8, 2012

Gambar persandingan Irma Hasmie dan Reza Syah


Gambar Eksklusif Persandingan Ke-2 Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer. Selepas bersanding pada 1 Julai  Ahad di MAEPS, Serdang, Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer telah diraikan sekali lagi dirumah pihak pengantin lelaki pula.


Sebelum ini majlis pernikahan Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie telah diadakan pada 29 Jun 2012 di Dewan Persidangan Putrajaya. Dengan hanya sekali lafaz dan dinikahkan oleh bapanya Irma menerima mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai.

Terima kasih kepada D'Haja jenama tudung terkenal dengan gambar eksklusif ini. Untuk pengetahuan semua, Irma Hasmie juga telah menjadi duta D'Haja.




kredit gambar: cthoney.blogspot.com

Thursday, July 5, 2012

Apakah ini atas mejaku?

Balik dari China, tengok atas meja ada sebalang benda nie?
Batu2 ala2 yg letak dalam akuarium....
Kalerful betol...
Sangat cantek...




Zoom in sikit.
Ni dah letak atas meja....
Persoalannya..
Apakah ini????
Cer korang teka...


Speaking out pasal teka teki, aku rasa macam nak bt something like giveaway..
Hadiahnya  alah FM Disneyland HK...
Nanti akan dipikirkan soklannye....


*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


Jawapanya: Batu bata tadi tu adalah cokelat..
Terkejut kan??
Masa memula kawan aku suh makan, aku cam eh apesal la minah ni suh aku makan batu....
Rupanya itu adalah  sebenir dari Jordan. Dia baru balik umrah and ziarah Mekah....
Hehe... Dah habes suku balang aku bedal, moga2 satu hari nanti ada peluang plak aku jejakkan kaki ke sana. Insyaallah....

Wednesday, July 4, 2012

salary adjustment? syukur sesangat

Actually benda ni dah lama org cakap2, tp aku malas nk mengharap selagi CEO  tak announce apa apa.. kang kuciwaaaaa pulakkan.. Tak pasal2 je termenung memikirkan hati yg kecewa..

But masa aku lulus interview naik pangkat ritu, offer letter aku kene tahan sbb katanya ada salary adjustment so kena tunggu official announcement. Now dah officially announce... Gaji baru akan start this month.. Setelah dikira kira banyak jugak kenaikkan kali ni... Alhamdulillah rezeki kami yg bekerja di sini...

Apa pun, aku dah plan.. duet extra dari kenaikkan gaji tu, kami nak save semuanya... Kami akan still berbelanja macam sekarang, seadanya seperti gaji sebelum ni. Kalau sekarang kami boleh survive kenapa plak kami takleh survive untuk masa 2, 3 tahun lagi, lainlah kalau ahli keluarga bertambah...... Sebab utama kami kene bt camni, sebab kami nak beli rumah, nk save for down payment, tahu lah rege rumah kat KL ni, paling busuk pun kene ready 30K dalam tangan... And yg keduanya aku nak bawa mak aku gi menunaikan umrah... Kalau cukup duet insyaallah haji terus... masa sihat ni la nak pergi ye tak?

Semoga niat aku ni dipermudahkan jalannya.... Amin

Dan yang pasti lepas ni kene kerja dengan lebih gigih dan tekun, barulah berkat gaji tu......
Nampak gaya macam kene keje sampai pencen ni T___T

Tuesday, July 3, 2012

terORDER la plak.. Gara gara Coach Factory Outlet Sale la ni

Actually dah lama aku nak beli henbeg Coach kaler pepel ni.. Tapi mahai sangat regenya. RM1000+ tak berbaloi lak rasa since ianya signature design bukan kulit.
So pandang je la bila lalu butik dia.
But last month Coach Factory Outlet ada buat sale. Memang rege kaw kaw punya diskaun la. Cuma nye ko kena ada contact kawan kat UK sana nun.
Masa sale last month tu aku tak dapat beli pun, sbb kat China kan.
Pastu member kata kuata tok beli limited per person.

And semalam member ku inform ada sale lagi.. Apa lagi mula la tangan getik nak klik klik order kan.
Pikir banyak kali gak memandangkan nak raya ni kan banyak nak guna duet.
Tapi bila tengok rege kat bawah $69.30 = RM370....
Terus tangan laju je klik......




Maka telah selamat la mengorder henbeg pepel ni.. 
Pasni silalah puasa selama sebulan. 
T___T


Takpe la.
Dah lama gak aku tak beli handbeg. (selain LV yang aku beli kat China tu la)
Last henbeg aku beli Coach 2 tahun lepas.
So kira ni after 2 years aku beli lagi la.
Anggap je la reward tok diri sendiri selepas penat buat keje.
After all aku pun dah lulus promotion naik pangkat.
Dan insyaallah next month aku akan bertukar ke unit yang lain, company masih sama.
Naik pangkat, tanggunjawab bertambah.
So inilah reward tok diri sendiri.
Sebelum aku memulakan tanggungjawab yang lebey mencabar minda, emosi dan fizikal.

Bersyukur dan terima kasih pada suami,  mak, dan kekawan, 8 sistahood yang mendoakan aku lulus interview hari tu. Secara jujur, interview hari tu merupakan pengalaman baru bagi aku.
Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan jalan aku.




China ShenZhen trip: OCT Tea Valley

OK.
Ni kisah trip di China. Trip ni last year punya.
Yang this year aku akan publishkan selepas habes entri last year.
Memang byk la.
Last year masa gi China aku visit OCT, Chinese Culture Village and Happy Valley.

For trip 2012 ni, aku pergi Window of the World, and Disneyland Hongkong, Victoria Peak HK And and Arena of Star HK.
Dan trip kali ni paling banyak aku shopping ngehngehngeh..
Maklumlah syopping for Hari Raya.

Entri entri sebelum ni pasal OCT

Aku terpaksa bt byk entri sbb OCT ni besar gile. Ni pun aku tak pergi semua.
Kalau jalan semua mau tercabut lutut aku.

Kat OCT ni ada jugak Tea Valley.
Tempat sejok, memang sedang elok la nak tanam teh nie..


Macam biasa China ni sangat terkenal kebudayaan dia yang pelbagai. So kat sini macam2 alat2 muzik yg asal dari sana.
Yang selalu aku tengok dalam drama je.
So kali ni dapat tengok live.


Jed jed yang macam kaler.


Dah kata pergi negara diaorang, memang banyak la patung2 Budha ni kat sana.



Masa ni nak tengok tarian Singa. Tarian singa ni selalunya ada time CNY je kalau kat malaysia.
Kat China ni memang selalu ada  especially kalau ada event apa2


Tarian singa kat China ni memang real. Siap lompat2 dari tiang ke tiang.
Ngeri gile wei.
Ada satu part tu aku tengok hampir nak terjatuh tapi ok je penari dia.
Memang hebat.,.. daebakk!!!


Tengok la betapa tingginya singa tu nak lompat.
Penari tu kalau tengok budak2 kecik je.


Stunt habes.
Memang aku speechless tengok.. Singa ni lompat jauh kot tiang tu...


Dah habes tengok tarian singa, kami berjalan2 menikmati panorama..
Heheh memang syiok jejalan cuaca sejok ni.
Tak berpeluh.



Jambatan gantung ni memang panjang dan tinggi.  Aku jalan menonong je sebab kalau pandang bawah aku gayat.
Kelemahan aku adalah ketinggian. Tapi naik rollercoaster ok HAHAHA..


Cantekkan view bawah tu. 
Pada aku negara China ni maju tapi keindahan alam die still terpelihara la...
Banyak tempat yang cantek2...


Poyo je nak bergambar. Dalam hati dah dap dup dap dup ketarrrrr hehhee..


Bila cuaca sejok, perot asyik lapar je. So bekalan makanan memang sentiasa ada dalam beg. 
Bagusnya bila trip ramai gini, kita boleh pow org punya hahahaha...


Membaca peta. Sebabkan terlalu besar area die, sampai sesat la kami nak carik jalan pulang...





Akhirnya berjaya pulang....

Tip dari penaja:
1. Kalau nak gi OCT ni sila lah pakai kasut yg selesa. Kalau tak memang takkan boleh jalan sebab lenguh. Takyah la pakai heels segala. Pakai je flat shoes.
2. Kat OCT ni ada show2 yang best, kalau bole alert la pukul berapa show so tak missed.
3. Kat sini takde benda sangat nak shopping, just sightseeing and amek gamba banyak2 sbb view adalah lawa and superb!
4. Tak silap aku die ada tix masuk, tapi aku tak tau berapa harga since company yang bayarkan tok ktorg.

Monday, July 2, 2012

Irma Hasmie dah kahwin.. Alhamdulillah.. Cantik sangat dress dia!

Aku suka sangat Irma Hasmie ni.
Nak lagi sejak dia bertudung. Alhamdulillah dia bertudung secara sempurna.
Sempurna pada pandangan aku la. Takde yg terjambul sini, terjambul sana.
Penghijrahan yang sangat bagus pada aku. Bukan senang kita nak berhijrah kepada benda baik secara drastik and secara total nie.
Tapi she proved it!
Aku sendiri pun tak mampu menjadi setegar dia. Ye la, memang aku pakai tudung tapi sometimes baju tu macam tak kena ngan gaya bertudung. Aku mengakui and sedang cuba memperbaiki.

Ok dah melalut.
Meh layan gambar Irma yang sangat cantek



r69RO gambar pernikahan irma hasmie 29 jun 2012

nuW4p gambar pernikahan irma hasmie 29 jun 2012

ExCzZ gambar pernikahan irma hasmie 29 jun 2012

Cantikkan?

Sumber: http://www.enciknakal.com/2012/06/gambar-pernikahan-irma-hasmie-29-jun-2012.html

Monday Blues!


Hari ni sudh masuk keje...
Ingatkan nak cuti, tapi memandangkan email dah beratus2 yg urgent and perlu attention so masuk la opis.
Next week baru nak cuti 3 hari and holiday with family....

Sangap gile masuk opis.
Dah 2 weeks tak pegang stereng kete, tadi pegang gigil2 lak rasa hahaha..

Actually banyak nk update tempat menarek kat China.
Yang tri[ last year pun tak habes update lagi.
Takpe, saya akan cuba update semampunya.
Da yg bertanya berapa jauh China ngan HK.
Nanti saya akan reply dalam next entri, nad cete serba sikit pasal Disneyland tempat impian kanak2 tu..
Skang mau pegi buat keje.

Tease gambar saya bersama castle Far Far Away....
Peluk tiang dok rasa macam pelok laki sendiri yang jauh di mata je 
>_<


Thursday, June 28, 2012

Yeayyyyyyy


Rindu sama ini budak...
Alhamdulillah besok dah balik.....
Puas berjalan, puas bershopping kat China and Hong Kong ni....
Nanti saya update cete2 and tempat menarik kat sini especially on Disneyland.
And cete China trip yg lepas pun tak habes lg nie....

Yang penting, baju raya Rayyan and papa settle semua hahahah..
Mama je xde, tapi mama dapat beli benda yg lagi best!!!!!

Ok mau siap2 pegi amek exam.
Pastu boleh packing barang yag dah beranak pinak beg nye....




Friday, June 22, 2012

Disneyland... I am coming!

Ye...
Besok salah satu impian saya akan tertunai..
Saya akan menjejakkan kaki ke sini..


Impian zaman kanak2, yang dah beso baru tercapai...
A bit sedih sebab saya gi tanpa somi ngan anak....
Takpe, hari ni sambil tu saya boleh ricky2 accommodation ngan tempat2 menarik...
Next year, bila Rayyan dah pandai sikit. Insyaallah ada rezeki lebih, boleh la kami sekeluarga bercuti ke sini.
Amin.....


Thursday, June 21, 2012

ShenZhen trip: OCT Oversea Chinese Town P2

Now aku kat china, tapi entri bergamba ni semua gambar2 trip gi China last year.
Ni adalah sambungan gamba2 di sekitar OCT...



























Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails