Wednesday, July 11, 2012

Trip ShenZhen : Chinese Culture Village

One of the place kene visit kalau pergi Shenzhen adalah Chinese Culture Village.
Chinese Culture Village -CCV ni besau.
Memang lenguh kalau nak jalan kaki.
So ada buggy, sewa la buggy ye.

Dalam CCV ni ada miniture senibina dan kebudayaan China.
China ni besar sangat negara die and ada banyak province.
Yang aku pergi ni bahagian selatan China.
Kalau Beijing tu dah kat  Bahagian Utara China.
Monggul tu semua kira sebahagian dari negara China tau.
Aku baru tahu. Hikhikhik


Antara senibina yang ada dalam CCV ni.
Ni temple, dalam die ada patung Budha besar sangat.
Aku takot nak amek gamba patung tu.


Ni gambo patung Budha. Aku tak sure patung asal die ada kat bahagian China yang mana.


Yang ni summer palace.
Summer palace ni ada kat Beijing. Orang kata kalau musim sejuk, tasek besar depan summer palace ni akan beku. Siap kita boleh jalan lagi atas tu. Teringin nak pergi satu hari nanti. Insyaallah!


Yang ni Pagoda. Tapi tempat asal aku tak pasti. Memang cantek sangat senibina Pagoda ni. 
Tak dapat tengok yang original, tengok yang palsu pun jadik la.
Tu pun dah rasa untung sangat.


Yang ni batu2 kat Guilin. Guilin ni aku pernah tengok dalam dokumentari. Siyes, tempat ni superb cantek view die. Subhanaallah. Cantek sangat, masa tu aku tengok kat TV je. Kali ni dapat tengok yang miniture ni pun aku dah rasa cantek, tak tau camne nak gambarkan kecantekkan sebenar if aku dapat pergi ke sana satu hari nanti. Korang boleh google Guilin kalau nak tengok gambar permandangan die. Air Asia pun ada bt direct flight ke sana tak silap. Actually China ni banyak je tempat menarik, cuma masalah bahasa ngan makan je.


Kat bwah ni gambo2 Guilin yang aku gugel.
Lawa kan?
Sangat speechless tengok kecantekkan dan ketenangan dia.
Aku rasa tempat ni akan masuk dalam list tempat percutian idaman aku.
#orang-tak-suke-serabut
(perasan tak, tempat holiday idaman aku semua tempat yg calm, tak hiruk pikuk)


Air terjun ni lagilah mengamit hati aku nak pergi..



Ni kami bergambar dengan Forbidden City.
Forbidden City ni memang fames. Sape suka layan drama Cina memang tahu la pasal Forbidden City nie.
Aku memang suka Forbidden City ni, die ada kisah tersendiri.
Aku tahu pun sbb tengaok National Geography dokumentari pasal istana  China lama nie.
Besar giler istana ni, bilik pun banyak oke.
Ate udah gundik rajanye pun banyak.



Forbidden city lagi.


Yeay.. Saya sudah sampai ke Forbidden city.
#berangan-la-kau-mak-jemah!
Forbidden City ni kat Beijing tau..


YAng ni aku tak tahu apa.
Miniture die kecik tapi halus sangat keje seni die.


Hehe nampak comel kan?
Bukan aku yg comel.
Tapi building miniture tu.




Great Wall China.
Salah satu dari 8 keajaiban dunia.
Dapat la sampai sini walaupun tak dapat sampai ke tempat original die kat Beijing.
Jadi la kan, dari takde.
Nak gi Beijing nye ntah tahun bila.

Great wall China ni panjang, merentas ntah berapa province kat China nie.
Struktur dia bukanlah bersambung terus menerus aje, kalau ada sungai, terputus la struktur die, pastu sambung balik.
Actually great wall ni tak habes bina pun.
Dia kan digunakan sebagai kubu pertahanan pada zaman dulu.
Untuk bina great wall ni beribu2 orang mati.
Ye la, zaman dulu mana ada kren nak angkat batu bata ni.
So guna tenaga manusia tok angkat batu bata ni semua.
dah la kat kawasan gunung. Memang hebat la orang zaman dulu.


Our team.....
Siap terbaring2 posing ngan great wall.


Tu je yang aku leh share, actually banyak lagi miniture dalam ni tapi tak terdaya nak letak semua gambar.
Banyak sangat.

Kalau ada peluang, korang leh la visit tempat ni. Memang tak rugi.

Spending Time with BFF

Lama gile tak jumpa BFF aku. Ktorg 8 orang, memasing jauh.
Sorang kat Melaka, sorang kat Kedah. Yg lain semua KL, Selangor je tapi bila dah punya keluarga dan anak ni, masa adalah terhad.
Mana nak layan anak, nak layan suami, keje lagi.
Kami still in touch cuma kat FB group aje la.

Plan nak holiday sama pun sampai skang tak terlaksana lagi..
Hurm maybe nanti la kan.
Boleh plan kat Janda Baik ke.

So aritu plan mengejut ni, ari Jumaat Fatimah SMS nak bt makan2 kat rumah dia hari Ahad. Style potluck gitu.
So aku tanya hubby, hubby kata ok je.
Since memang takde plan pape ahad tu.

Ahad tu aku bt dessert je, bawa pudding roti ngan sos kastard.
Menu yang lain disediakan oleh kawan2 yang lain.
Ada ayam golek, udang besau masak sambal, gulai lemak ayam cili padi yg mabeles.
Sambal belacan yg berapi serta ulam ulaman.
Walaupun menu simple tapi sedap dimakan bersama kekawan tersayang..

Pas makan, naik bilik reramai konon nak solat tapi jadik sessi bergossip.
Anak2 mana?
HAHAHA anak2 kami letak dalam toys room biarkan mereka di sana.
Tapi adalah bapak2 nye yang tengokkan.
Kasi chance la para ibu nak gossip.
Siyes lama gile wei ktorg tak gossip gini.
Dok lepak atas satu katil, cerita itu ini, borak pastu gelak macam nak runtuh katil.

Memang mengucap panjang mak mertua kalau nampak peel menantu masing2 time ni hikhikhik...
Pastu kelam kabut sesiap nak gi minum petang rumah Saz pulak.

Dah last minit baru teringat nak amek gambo....
Ni la BFF aku, kurang sorang ni.
Ada kat Kedah sana nun, tak dapat nak menghadirkan diri. Udah jauh ye dak.

Muka aku berkilat betol hehe sunburn terok masa gi HongKong ritu. Tensen gua. 
Takpe la, hitam itu manis hahaha ayat orang pasrah memang gitu.


Pastu bergerak ke rumah Saz.
Knowing Saz yang memang suka benda comel2 ni, aku boleh imagine rumah die macam mana.
Dalam kete ngan hubby dah riso takot Rayyan melasak, kang takot ada yg pecah plak.
Seperti yang dijangka, memang banyak perhiasan comel rumah Saz ni dan berkonsepkan serba putih.
Aku tak tunjuk la gamba rumah, menghormati tuan rumah.

Dan Rayyan memang la aktif, lari sana sini.
Port kegemaran adalah sini...
Main piano ok.

Kemain la gemor main piano, macam la reti main.
Tapi dia suka kot ada bunyik2 kuar...
See, piano pun warna putih.
Saz memang dr zaman belajar suka kaler putih.
Takpe la, rajen lap ok kut.
Kalau macam aku ni pemalas piang nak lap lap perabot ni memang simpan aje la impian nak tema putih.


TEngok la tu, jari tak lepas dari piano...
Ehem ehem.. 

Gambar kami di ruang tamu berkonsep putih.
Muka dah berlengas walaupun dalam ekon.
Penat kejor rayyan, dok berlari aje kejenya..


Mama nak beli piano tak mampu nak..
Sok mama antar aje la gi kelas piano..


Sampai rumah memang penat sungguh rayyan.
Pas mandi, makan, terus tido sampai subuh.

Mamanye pun happy sbb dapat jumpa BFF cuma tak puas la nak bergossip.
Memang kene ada sesi overnite so that kami boleh bercerita dengan puas2...
Hehe siyes rindu zaman belajar kami...

Tuesday, July 10, 2012

This is how we spend our wiken

Pas puas mandi manda pusing2 ronda dalam Sunway Lagoon.
Ktorg masuk Sunway Pyramid, sebabnya hubby nak tukar baju kat toilet sana. Pastu nak solat terus.
Toilet Sunway lagoon full, surau pun kami tak jumpa..
Benda pertama ktorg buat bila masuk mall.
Gi sewa kereta ni. RM4 je sejam.
Lega sikit, boleh letak Rayyan dalam ni pastu leh letak beg yang berat2 tu.
Rayyan pun leka dok dalam tu, takde la penat nak kejar die lari sana sini.



Misi mencarik toilet.
Hikhik memang sempoi la kami laki bini.
Pakai selipar aje.
HAHAHA takpela biar selebet janji happy.


Budak ini sangat happy dapat naik car.
Padahal kat rumah ada je car gini. tapi kalau nampak kat luar tetapppppp nak naik jugak. Alahai anak.


Pas dah tukar baju semua, hubby gi solat jap, aku dok layan Rayyan la...
Pastu kami berjalan2 dalam tu.
Dah besar dah SP ni. Dah lama tak datang sini.
Last datang bila ntah.
Lupa sudah.

Jalan2 jumpa la JCo donut.
Hubby beli sekotak 6 bijik donut, sape mau makan tuuuu???.
Adoi hai.
Bininye nak kurus tapi somi suh makan.
kene la dengar cakap somi.
Takleh derhaka.
Dosa besar nanti.
#alasan-terbaik!


Nyum nyum.
Sekali lagi tewas dan kecundang diet ku.
Kalau hujung minggu jangan sebut perkataan diet tu.
Memang ke laut.


Pastu jalan2 lagi nampak wendys pulak.
wendy ni memang peberet kami laki bini.
Memang sejak kenal ngan wendys, berge lain kureng dah.
Bege wendys ni lagi juicy.
So apalagas...
Masing2 saling memandang, mcam tahu je isihati masing2.
Terus tapau untuk dinner.
Malas nak keluar makan dah pasni.
Alasaaann aje tu!


Dah puas ronda baru balik dengan beg plastik makanan penuh di tangan.
Itu lah namanye diet di hujung minggu.
T___T

Family day company @ Sunway Lagoon

Sabtu aritu company bt family day kat Sunway Lagoon.
Sebelum ni kalau bt mesti bt by per division tapi kali ni bt besar besaran. HQ sahaja.
13 ribu orang ko. Pengsan dan pitam aku dengar.
Hubby dok sebut je, kaya company awak ye. Bt famili day kat Sunway Lagoon, support semua anak beranak, bonus dapat berbulan2, dapat salary adjustment.
Aik, bunyik cam tak puas hati je. Saya kuli je bang, bukan CEO. 
 Kuikuikui.. Takpe raya nanti gomen dapat bonus lagi kan...

Ok la, cete pasal famili day nie.
Kol 8 pagi start nye, tapi macam biasa.
Kol 8 pagi masih kat rumah. Huehuehuehue...
Sampai sana tengok jalan nak masuk parking jam terok.
Parking free yang reserve semua dah full, terpaksa masuk parking dalam mall.
Kene jalan jauh sikit la, tapi takpe la dari pusing2 kat luar tu yg tentu2 parking dah full.

Gelang tag tok entri masuk SL memang dah dapat awal2 masa hari Khamis so takde la serabut nak beratur amek tag ke hape kan.
Siap2 pakai tag terus masuk. Tu pun kene check bag dulu, makanan luar takleh bawa masuk.
Seb bek la breakfast and lunch provided.
Kami dapat tix untuk semua theme park, cuma ko larat atau tak larat aje la kan nak jalan semua.

Tak banyak gamba yang aku snap, sebabnye papa dok dukung Rayyan.
Tangan aku lak kiri kanan penuh pegang beg la, KFC lunch set yang company provide sekali.
Pegang botol air Rayyan la, full tangan. Camno nak pegang kamera.
So gambar memang apa ada aje la.

Kat dalan Sunway Lagoon pun ada ala2 mini zoo. 
Wildlife Theme Park nama die.
Ok la haiwan yang ada. Harimau tu..
Jangan main2. Takyah gi zoo. Gi sunway lagoon.
Sambil mandi tengok harimau.


Papa dukung Rayyan.
Budak ni tak boleh lepas bebas.
Mahu hilang nanti.
KEmain lipas kudung lagi die lari.
Selit sana sini hilang aje kang.
Tu yang kene dukung aje tu.


Mengikut signboard tok ambil makanan..
hehehe amek makanan dulu baru pergi ke water park.


Ada burung kasawari, burung merak...


Ok sudah sampai ke water park
Stage tok perasmian semua diaorang bt kat sini.
So memang sini la port semua 13 ribu orang berkumpul.
Pagi tu ada games, sukaneka semua tok anak2, mak2, dan bapak2.
Tapi aku tak masuk pun. 
Aku ni bukan leh bersesak2.
Tengok je ramai orang mula lah penyakit aku datang.
Penyakit cannot-be-in-crowded-maniac..
HAHAHA siyes, aku memang tak suke pergi tempat sesak.
Automatic rasa berserabut.
#serabut-yang-sampai-rasa-nak-pitam
Ada orang oke ngan keserabutan gini, tapi aku memang kalau boleh elakkan.
Tapi kali ni, aku layan aje la.
Dapat tix free kan, kalau tak  mahal tu tix nak masuk all park kat Sunway Lagoon nie...


See, punya la penuh orang.
Siap bersidai2 tepi jalan lagi.
Memula aku memang nak bwa tikar.
Sekali lupa la plak...
So aku menyelit je la tumpang lepak kat celah2 reramai ni.
Pdahal bukan aku kenal pun.
Nama je satu company. Huhu aku kenal department yang aku selalu deal je.
Hikhik nampak nau anti sosial.



Tetibe nampak benda ni.
Teringat masa kat Singapore ada benda ni.
Mahai gile nak naik.
Kat SL ni naik RM60 sorang
Tapi beranikah?
Die lambung2 ko kat udara tu.
Macam ko duduk dalam bola kene lambung.
Kalau aku memangg takkan la, bagi la sejuta pun, tak sanggup wei..
#mau-tercabut-jantung-aku-atas-langit


Pas tukarkan Rayyan ngan baju mandi, terus papanye gi bawa turun air.
pastu aku konon nak gi la amek gambo ke hape.
Aku memang taknak mandi sebab tengah datang bulan so malas la nak mandi2 gini kan.
Tak selesa ler pulok.

Nak amek gambar ye???
Sekali tengok.. Mak aiiiii mcam semut...
Ramai gile orang, dah tak nampak dah.
Terus tak jumpa laki ngan anak sendiri.
last2 aku membawa diri, naik jambatan gantung sesorang mengenang naseb.
Perghhhh gayat siot!
Gigil lutut nie. Berzikir panjang aku kat atas tu.



Ni la jambatan yang aku naik.
Seram. Tobat tak naik dah.


Ramainye la hai orang. 



Pas naik dari main air, perot lapau la.
Apa lagi, husben belasah la lunch yang diaorang provided.
Dapat KFC. Oke la tu, janji kenyang.
Tok Rayyan memang dah siap2 bawa bekal nasi, sup sayur ngan ikan salmon.
Huhu ni adalah salah satu sebab aku malas nak jalan jauh.
Makanan anak adalah keutamaan aku.
Mana2 pergi mesti pikir anak nak makan apa.


Muka kekenyangan..
Pastu lepak2 jap. Terus gerak gi jalan2 theme park yang lain.
Ktorg tak main sangat pun sbb takde sape nak jagakan Rayyan.
So jalan2 je. maybe satu hari nnt Rayyan dah besar boleh la datang lagi.


Tangga nak naik ke jambatan gantung.


Go kart pun ada tau.


Disebabkan orang terlalu ramai, husband ajak masuk Sunway Pyramid.
Dia nak tukar baju kat toilet kat sana je.
Naseb baik la aku tak join berenang kuak lentang sekali. Hikhikhik

Monday, July 9, 2012

Gold Coast.. Here we come!

Besok saya cuti 3 hari, kami akan holiday ke Gold Coast.
Bukan GC Austrolia tu. Belum mampu lagi.
GC Sepang aje udah, 3 hari 2 malam. 
Nak honeymoon sekali ngan holiday before puasa.
Pas raya nanti ada lagi 2 kali holiday.
Pastu tutup buku. Tahun depan tahun menyimpan duet, so tiada holiday.
Ewah, konon je. Sekali diam2 ke UK kami. Eh? Tersyasul pulak kuikuikuikuikui.
Ok la mari tido. Besok baru pack barang, lagipun check in kol 3 so maybe lambat kot gerak .
Pagi2 baru kemas luggage.


Lasagna agen penambah gemuk

Aritu bt lasagna.
Tak sedar diri dah gemuk, lagi nak masak2 ..
Takpe, Jillian Michael ada.
Tahu sape Jillian Michael? Nanti saya story k....

Permintaan somi, lasagna.
Ni kali ntah ke berapa bt lasagna ni.
Habes ko setalam besau aku bt.
Ni pun bagi jiran sebelah kiri sikit, jiran sebelah kanan sikit.
Sesama la merasa.
Korang nak?
Meh la berjiran... Tetipa wiken dapat mangkuk tingkat..
Kalau datang seruan masak aku la.
Kalau tak, makan kedai aje...
hikhikhik

Nak resipi?
Boleh cek kat label resipi, a da resipi lasagna ni dulu saya tulis...
Jom kita ternak lemak bersama!


Published with Blogger-droid v2.0.4

ShenZhen trip: Chinese Theater at OCT

Kalau datang China, wajib tengok teater diaorang..
Best gilak...
Stunt, action memang real.
Siap api, air, petir atas pentas tu....
Masa pergi tahun lepas dapat tengok 2 teater.
Tahun ni plak dapat tengok 1 teater, tapi memang puas ati sangat tengok teater die.



Dalam teater hall die.
Tetaer ni ada aircond.
Yang lagi 2 aku pergi tu style open air.
Kalau ada aircond gini memang nak lelap aje la.
Yang ni bnyk show menari2, acrobatic gitu.
Kalau yg style open air tu memang layan...
best sangat!

Kat bawah ni gambar2 masa teater.
Teater yang ni je boleh snap gambo. Tetaer yg lain tak boleh snap.
Asal nak on kamera je nanti kene point lampu merah...
Adoiii.. Terus simpan kamera hikhikhik

Meh layan gambo2 waktu teater kat OCT nie..
Tengok la penari die siap berterbangan......










Nampak real kan?
Padahal effect je...
Teater ni bese2 je la pada aku, yang best teater kat Splendid China...
Nanti akan ada story lain pasal tu...


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails