Wednesday, July 11, 2012

Spending Time with BFF

Lama gile tak jumpa BFF aku. Ktorg 8 orang, memasing jauh.
Sorang kat Melaka, sorang kat Kedah. Yg lain semua KL, Selangor je tapi bila dah punya keluarga dan anak ni, masa adalah terhad.
Mana nak layan anak, nak layan suami, keje lagi.
Kami still in touch cuma kat FB group aje la.

Plan nak holiday sama pun sampai skang tak terlaksana lagi..
Hurm maybe nanti la kan.
Boleh plan kat Janda Baik ke.

So aritu plan mengejut ni, ari Jumaat Fatimah SMS nak bt makan2 kat rumah dia hari Ahad. Style potluck gitu.
So aku tanya hubby, hubby kata ok je.
Since memang takde plan pape ahad tu.

Ahad tu aku bt dessert je, bawa pudding roti ngan sos kastard.
Menu yang lain disediakan oleh kawan2 yang lain.
Ada ayam golek, udang besau masak sambal, gulai lemak ayam cili padi yg mabeles.
Sambal belacan yg berapi serta ulam ulaman.
Walaupun menu simple tapi sedap dimakan bersama kekawan tersayang..

Pas makan, naik bilik reramai konon nak solat tapi jadik sessi bergossip.
Anak2 mana?
HAHAHA anak2 kami letak dalam toys room biarkan mereka di sana.
Tapi adalah bapak2 nye yang tengokkan.
Kasi chance la para ibu nak gossip.
Siyes lama gile wei ktorg tak gossip gini.
Dok lepak atas satu katil, cerita itu ini, borak pastu gelak macam nak runtuh katil.

Memang mengucap panjang mak mertua kalau nampak peel menantu masing2 time ni hikhikhik...
Pastu kelam kabut sesiap nak gi minum petang rumah Saz pulak.

Dah last minit baru teringat nak amek gambo....
Ni la BFF aku, kurang sorang ni.
Ada kat Kedah sana nun, tak dapat nak menghadirkan diri. Udah jauh ye dak.

Muka aku berkilat betol hehe sunburn terok masa gi HongKong ritu. Tensen gua. 
Takpe la, hitam itu manis hahaha ayat orang pasrah memang gitu.


Pastu bergerak ke rumah Saz.
Knowing Saz yang memang suka benda comel2 ni, aku boleh imagine rumah die macam mana.
Dalam kete ngan hubby dah riso takot Rayyan melasak, kang takot ada yg pecah plak.
Seperti yang dijangka, memang banyak perhiasan comel rumah Saz ni dan berkonsepkan serba putih.
Aku tak tunjuk la gamba rumah, menghormati tuan rumah.

Dan Rayyan memang la aktif, lari sana sini.
Port kegemaran adalah sini...
Main piano ok.

Kemain la gemor main piano, macam la reti main.
Tapi dia suka kot ada bunyik2 kuar...
See, piano pun warna putih.
Saz memang dr zaman belajar suka kaler putih.
Takpe la, rajen lap ok kut.
Kalau macam aku ni pemalas piang nak lap lap perabot ni memang simpan aje la impian nak tema putih.


TEngok la tu, jari tak lepas dari piano...
Ehem ehem.. 

Gambar kami di ruang tamu berkonsep putih.
Muka dah berlengas walaupun dalam ekon.
Penat kejor rayyan, dok berlari aje kejenya..


Mama nak beli piano tak mampu nak..
Sok mama antar aje la gi kelas piano..


Sampai rumah memang penat sungguh rayyan.
Pas mandi, makan, terus tido sampai subuh.

Mamanye pun happy sbb dapat jumpa BFF cuma tak puas la nak bergossip.
Memang kene ada sesi overnite so that kami boleh bercerita dengan puas2...
Hehe siyes rindu zaman belajar kami...

3 comments :

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails