Sabtu aritu company bt family day kat Sunway Lagoon.
Sebelum ni kalau bt mesti bt by per division tapi kali ni bt besar besaran. HQ sahaja.
13 ribu orang ko. Pengsan dan pitam aku dengar.
Hubby dok sebut je, kaya company awak ye. Bt famili day kat Sunway Lagoon, support semua anak beranak, bonus dapat berbulan2, dapat salary adjustment.
Aik, bunyik cam tak puas hati je. Saya kuli je bang, bukan CEO.
Kuikuikui.. Takpe raya nanti gomen dapat bonus lagi kan...
Ok la, cete pasal famili day nie.
Kol 8 pagi start nye, tapi macam biasa.
Kol 8 pagi masih kat rumah. Huehuehuehue...
Sampai sana tengok jalan nak masuk parking jam terok.
Parking free yang reserve semua dah full, terpaksa masuk parking dalam mall.
Kene jalan jauh sikit la, tapi takpe la dari pusing2 kat luar tu yg tentu2 parking dah full.
Gelang tag tok entri masuk SL memang dah dapat awal2 masa hari Khamis so takde la serabut nak beratur amek tag ke hape kan.
Siap2 pakai tag terus masuk. Tu pun kene check bag dulu, makanan luar takleh bawa masuk.
Seb bek la breakfast and lunch provided.
Kami dapat tix untuk semua theme park, cuma ko larat atau tak larat aje la kan nak jalan semua.
Tak banyak gamba yang aku snap, sebabnye papa dok dukung Rayyan.
Tangan aku lak kiri kanan penuh pegang beg la, KFC lunch set yang company provide sekali.
Pegang botol air Rayyan la, full tangan. Camno nak pegang kamera.
So gambar memang apa ada aje la.
Kat dalan Sunway Lagoon pun ada ala2 mini zoo.
Wildlife Theme Park nama die.
Ok la haiwan yang ada. Harimau tu..
Jangan main2. Takyah gi zoo. Gi sunway lagoon.
Sambil mandi tengok harimau.
Papa dukung Rayyan.
Budak ni tak boleh lepas bebas.
Mahu hilang nanti.
KEmain lipas kudung lagi die lari.
Selit sana sini hilang aje kang.
Tu yang kene dukung aje tu.
Mengikut signboard tok ambil makanan..
hehehe amek makanan dulu baru pergi ke water park.
Ada burung kasawari, burung merak...
Ok sudah sampai ke water park
Stage tok perasmian semua diaorang bt kat sini.
So memang sini la port semua 13 ribu orang berkumpul.
Pagi tu ada games, sukaneka semua tok anak2, mak2, dan bapak2.
Tapi aku tak masuk pun.
Aku ni bukan leh bersesak2.
Tengok je ramai orang mula lah penyakit aku datang.
Penyakit cannot-be-in-crowded-maniac..
HAHAHA siyes, aku memang tak suke pergi tempat sesak.
Automatic rasa berserabut.
#serabut-yang-sampai-rasa-nak-pitam
#serabut-yang-sampai-rasa-nak-pitam
Ada orang oke ngan keserabutan gini, tapi aku memang kalau boleh elakkan.
Tapi kali ni, aku layan aje la.
Dapat tix free kan, kalau tak mahal tu tix nak masuk all park kat Sunway Lagoon nie...
See, punya la penuh orang.
Siap bersidai2 tepi jalan lagi.
Memula aku memang nak bwa tikar.
Sekali lupa la plak...
So aku menyelit je la tumpang lepak kat celah2 reramai ni.
Pdahal bukan aku kenal pun.
Nama je satu company. Huhu aku kenal department yang aku selalu deal je.
Hikhik nampak nau anti sosial.
Tetibe nampak benda ni.
Teringat masa kat Singapore ada benda ni.
Mahai gile nak naik.
Kat SL ni naik RM60 sorang
Tapi beranikah?
Die lambung2 ko kat udara tu.
Macam ko duduk dalam bola kene lambung.
Kalau aku memangg takkan la, bagi la sejuta pun, tak sanggup wei..
#mau-tercabut-jantung-aku-atas-langit
#mau-tercabut-jantung-aku-atas-langit
Pas tukarkan Rayyan ngan baju mandi, terus papanye gi bawa turun air.
pastu aku konon nak gi la amek gambo ke hape.
Aku memang taknak mandi sebab tengah datang bulan so malas la nak mandi2 gini kan.
Tak selesa ler pulok.
Nak amek gambar ye???
Sekali tengok.. Mak aiiiii mcam semut...
Ramai gile orang, dah tak nampak dah.
Terus tak jumpa laki ngan anak sendiri.
last2 aku membawa diri, naik jambatan gantung sesorang mengenang naseb.
Perghhhh gayat siot!
Gigil lutut nie. Berzikir panjang aku kat atas tu.
Ni la jambatan yang aku naik.
Seram. Tobat tak naik dah.
Ramainye la hai orang.
Pas naik dari main air, perot lapau la.
Apa lagi, husben belasah la lunch yang diaorang provided.
Dapat KFC. Oke la tu, janji kenyang.
Tok Rayyan memang dah siap2 bawa bekal nasi, sup sayur ngan ikan salmon.
Huhu ni adalah salah satu sebab aku malas nak jalan jauh.
Makanan anak adalah keutamaan aku.
Mana2 pergi mesti pikir anak nak makan apa.
Muka kekenyangan..
Pastu lepak2 jap. Terus gerak gi jalan2 theme park yang lain.
Ktorg tak main sangat pun sbb takde sape nak jagakan Rayyan.
So jalan2 je. maybe satu hari nnt Rayyan dah besar boleh la datang lagi.
Tangga nak naik ke jambatan gantung.
Go kart pun ada tau.
Disebabkan orang terlalu ramai, husband ajak masuk Sunway Pyramid.
Dia nak tukar baju kat toilet kat sana je.
Naseb baik la aku tak join berenang kuak lentang sekali. Hikhikhik
blm ada rezki dapat masuk sini..hehehe
ReplyDeletewaaa best best... alhamdulilah.. kitaorg nak wat family day pon budget tak lepas.. hehehehe.. kena laa bayau duit sendiri.. hihihi
ReplyDelete