Thursday, April 12, 2012

Grilled Salmon for Ar-Rayyan

Baru la nak update blog, Ahad ke Penang. Outstation. Ada keje kat sana. Bila outstation adalah super penat. Extra dari penat biasa. Yela, penat drive. Penat buat keje. Sampai hotel malam memang tido aje. Takde benda lain dalam kepala. Tu yang bila aku outstaion, blog terabai. Terlupa sekejap yang aku ni ada blog yang perlu dijaga. Nevermind. The hard day is over. Hikhik. now back to normal routine balik.

Nak cete, Rayyan dah 2, 3 bulan jugak refused nasi. Kalau suap nasi memang payah sangat nak bukak mulut. As mother, confirm la risau. Takut tak cukup khasiat pulak anak. Ada orang cakap, itu adalah fasa pembesaran diaorang. At one phase, akan ada fasa takmo makan ni semua. OK, it doesnt make me feel relief pun. Tetap risau. Normal la kan. Mak mana yang tak risau.

Macam2 benda aku try, I/ve read somewhere. Walau macam mana pun budak tak mahu makan, mesti ada one type of food yang dia suka. Exactly betol! Saat dan ketika ini, Rayyan sangat suka anything that related to pasta, kuew teow, bihun and mee. T_____T

Kalau masak all above that, memang laju je Rayyan makan. Tapi mama die la pening pikir menu everyday.
Selalunya cara mudah ialah, buat sup and rebus la pasta ke,  spagetti ke, bihun ke. Mee memang tak bagi sebab tau ada coloring and kita pun tahu mee pun tak berapa baik kan ada  asid borik la ape la. So better avoid. Bagi je yang natural based. Pasta is the best la for kids. 

And now new dish that we figure out yang Rayyan suka. Salmon grilled! Grilled bodoh je, marinate dengan pepper sikit and grilled. Alhamdulillah habes seketol ni Rayyan makan.


Ikan yang penuh dengan lemak O Mega.
Siyes, terasa rasa lemak bila makan. Rayyan suka, layan aje la. Mama tak suke. Hahaha but kita tahu Omega is good for brain development so boleh la beli lagi lepas ni.





3 comments :

  1. Sedapnya Grilled Salmon tuuu! ;) Marinate dengan pepper je ke? Baca entry ni buat sy rasa nk try utk anak sy! Dia pun hari2 nak makan sup jugak! Sy pulak naik muak nk masak. Hehehee

    ReplyDelete
  2. Cane bagi hilang hanyir tu? Tensen je bau xilang2.. Sampai anak xnak makan dibuatnye huhu

    ReplyDelete
  3. Bestnyer salmon grill tu....usahkan Rayyan...aunty pun suka....eekkeke

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails