Monday, April 2, 2012

Welcome April, bulan cinta kami!

APRIL... bulan yang sanagt bermakna bagi saya eh bagi kami suami isteri. Ianya saya istiharkan sebagai bulan cinta kami huehuehue.. 29 April 2012 mark our love 11 years.. Wow! 11 tahun kau.. Kalau kahwin 11 tahun yang lepas, mau udah beranak 8 kami agaknye T_____T. Meriah keluarga.

Mengimbas kembali detik 12 tahun lepas ketika saya mengenali suami. Kami satu sekolah. Tapi berlainan kelas, kelas kami bersebelahan je sejak dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Oh ye, kami mengenali ketika di Sekolah Teknik, masa lower high school saya bersekolah di sekolah perempuan di Petaling Jaya. Detik perkenalan kami bukan lah yang lovey dovey dan indah-indah belaka. Kami berkenalan secara tak sengaja setelah suami yang ketika itu un-known telah melanggar saya dah menjatuhkan kesemua set peralatan lukisan kejuruteraan saya. Budak sekolah teknik memang femes dengan alatan set lukisan ni, kemana2 mesti mengakut beg LK yang besar gabak ni, hampir senget bahu galas beg LK ni tau. Since that day, saya telah aim mamat yang telah melanggar saya, aim bukan sebab minat tapi menyampah. Eh menyampah giler tau, dah la pakai spek bermata -empat, masih langgar orang lagi. 

Takdir Allah sekali lagi menemukan kami dalam situasi terdesak, di mana saya ketika tu sangat memerlukan pertolongan dan yang ada di tempat kejadian hanya suami si mata-empat yang rabun yang saya menyampah sangat tu. Tapi orang yang saya menyampah tu la yang membantu saya ketika tu. Since that day we are friend. Best friend! Itu lah, orang tua tua dah pesan, jangan benci seseorang melampau, one day you'll find out you're in love with them! Setepek kene batang hidung sendiri...

Since that day kami sering belajar bersama. Serius, kami memang belajar. Kami saling memberi semangat kepada satu sama lain. Setiap petang kami akan belajar Add Math, Lukisan kejuruteraan, Kimia dan Fizik bersama. Waktu tu memang macam macam fitnah yang kami dengar, tapi saya ni kan muka slumber. As long kami tak buat salah, buat apa nak takut. Kami hanya belajar bukannye bercium or beromen pun ye tak? 

Selepas berkawan selama beberapa bulan, pada 29 April 2001, suami telah confess perasaannya terhadap saya melalui sepucuk surat. chewah. Surat you! Zaman dulu kala, memang surat la the perfect medium nak confess feeling kan. Mana ada laptop or handphone pun masa tu. Lama jugak untuk memberi keputusan. Dan akhirnya saya memutuskan untuk menerima si-mata-empat tadi tu as someone special in my life. Keputusan berani mati ni. 

Even dah bergelar couple pun, rutin kami tetap sama. Yang berbeza cuma satu, setiap hari si-mata-empat akan meninggalkan sepucuk surat bawah meja saya. Gini, pada waktu petang, pelajar lelaki dan perempuan akan prep di kelas, pada waktu malam plak, pelajar lelaki akan prep di dewan makan, dan kami pelajar perempuan prep di kelas. Selalunya selepas waktu prep petang atau sebelum ke surau semayang Magrib, suami akan meninggalkan sepucuk surat bawah meja saya, so malam hari tu boleh la saya baca surat chenta hati saya kan.. Suami tak pernah gagal meninggalkan sepucuk surat buat saya setiap hari. Never failed untuk sepanjang tahun itu since April! Kadang2 tu siap tolong kemaskan meja saya yang bersepah hikhikhik... Actually itu lah surat itulah DOS ransangan yang memberi semangat kepada saya, setiap kali lepas baca surat suami yang mana pesanan terakhirnya adalah "Belajar rajin2, supaya kita dapat masuk U" kompem lepas tu saya akan  tekun membaca buku dan membuat segala latih tubi. So sape kata cinta tu memusnahkan? Ianya terpulang kepada orang yang bercinta, how they define the love. Bagi saya, cinta itu lah yang memberi saya semangat dan akhirnya berjaya hingga ke tahap ini. I am just blessed to be love by him, my only one husband!

And now, sape sangka cinta monyet kami itu telah kami buktikan dengan terbinanya masjid pada 25 Desember 2009. Cinta yang banyak mengundang kontroversi di TIKL akhirnya selamat disatukan.  Alhamdulillah, syukur sangat. Lelaki yang pada mulanya saya benci, kemudian menjadi kawan baik saya dan kini adalah suami dan papa kepada anak2 saya. 

Secara jujur, bukan mudah untuk pertahankan hubungan selama 10 tahun. We have facing a lot of obstacles before we reach this point. Tapi semuanya bergantung pada hati kita, and the most important is kejujuran, kesetian dan kesefahaman. Mana2 hubungan pun, kalau tiada 3 prinsip tersebut, akan hancur berkecai! Kita boleh bercinta bertahun2 tapi belum tentu kita akan berkawin dengan orang yang kita bercinta tu. Tapi saya sejak saya menerima si-mata-empat 11 tahun yang lepas, saya memang dah niat dalam hati semoga lelaki ini lah jodoh saya. Dan itulah doa saya setiap kali selepas solat. Sebab itulah orang kata niat itu penting, selepas tu kita berdoa dan bertawakallah kepadaNYA. Sebab urusan jodoh ini adalah ketetapanNYA yang kita tak tahu siapa dan bila.

Walaupun dah mengenali selama 10 tahun sebelum kawen, setelah berkawin kami masih melalui fasa perkenalan bersama. Iyelah, orang yang kita kenal di luar sebelum ni dah jadik roomate, housemate, soulmate, lovemate eh? Totally different. Banyak benda yang kami perlu explore together untuk memastikan our marriage is success. Its a whole life process I guess. Sebab sikap manusia ni kan berubah mengikut keadaan dan sekeliling.  Dalam berumahtangga ni saya banyak belajar, belajar erti sabar, berkorban, menerima seadaanya, bertolak ansur. All above kita takkan belajar amsa zaman bercinta, sebab zaman bercinta adalah zaman yang indah indah belaka, even ketut pun kita bau wangi. Masa zaman cintan cintun Kalau tak dapat apa kita nak, merajok memang sinonim. Merajok la sampai si dia tunaikan apa yg kita nak. Tapi bila dah kawen lain. Sape yang dah melaluinya akan paham. T______T. Walaupun berbeza, tapi saya percaya rasa cinta itu tetap sama malah makin hangat cuma keutamaan je dah lain.

Hasil setelah 11 tahun in love. Dari berdua jadi bertiga. InsyaAllah ada rezeki akan berempat, berlima. Eh banyak pulak.

Apa pun, anak2 adalah bukti cinta ye tak?


Ok lah, cukup la kisah April ni. I just hope that, our love never fade even when April are leaving us. T_T

Buat Si-Mata-Empat, I love you more each day!


11 comments :

  1. huhuhuhu sagt romantik..bagi suart tiap2 hari hee...
    happy love day buat korang ye ;p

    ReplyDelete
  2. owhhh bestnyer kisah chinta awakkk...terikut feeling berada ditempat yang sama sekali..hiks over kann..:P

    ReplyDelete
  3. sy pn sekolah teknik jgk..kisah yg hampir sama tp bezanya sy dan tunang lain2 sekoleh teknik..hihi

    ReplyDelete
  4. romatik jugak si mata 4 ni ek, siap anta surat tiap hari.. hehehe

    i dulu TIPenang

    ReplyDelete
  5. So sweet :)
    Semoga kekal ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
  6. sweetnye....semoga berkekalan smpai syurga..amiin...april depan tmbah lg 1...eh!!! :p

    ReplyDelete
  7. jue::
    congrates ye~ like 100x...heheheh

    ReplyDelete
  8. Sweet nyerr.... Happy Aniversary to both of u. *bulan centa kamu* bestnyer bercinta-kawen-dpt baby comel.. complete hidup. :) Semoga bahagia selalu.

    ReplyDelete
  9. ok. sweeettt ^__^ smoga cinta hingga ke syurga

    ReplyDelete
  10. wah, bestnyer cinta monyet bertukar cinta abadi....hehe...tahniah...

    semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails