The best about balik kampung is, takde Internet so mmg betul2 spend time ngan family gitu. Internet tu ada tapi kene kluar depan rumah pastu dok tercari2 signal. Untung nasib dapat, kadang2 tu signal dapat edge je.
Actually tujuan saya balik kampung ni nk berurut. Dah lama badan ni sengal2, kat KL bukan takde tukang urut. Ramai je, tapi kita nk cr bidan kampung. So balik kampung la kita, bidan tu urut 2hri
so kami bermalam la kat rumah opah.
Masa kat kampung cuaca panas deting. Rasa nk mandi je. Takde aktiviti sangat pun boleh bt, hasben dok layan karum ngn sepupu yg lain. Kita macam biasa la lepak je la ngn makcik2. Kebetulan plan kali ni ramai plak balik, takde plan or janji pun. Rasa mcm hari raya plak berkumpul reramai gini.
Pastu g pasar mak jumpa org jual pucuk cemperai, terus beli. Kita ni jenis takde memilih sangat sayur, seme pun makan. Walaupun ni pestime dgr pucuk cemperai tapi kita belasah je makan.
Rupanya sedap pucuk ceperai ni, manis je. Bt masak lemak, buh keledek merah skit. Lagi manis daun cemperai ni dari daun pucuk manis.
Menu ni kalau nk makan takyah beriya, bt ikan goreng, sambal belacan, gulai lemak pucuk cemperai. Tu pun dah layan boleh makan 3 pinggan ya...
Kat KL payah nak cr pucuk cemperai ni, katanya org cari kat hutan sana. Masa kat pasar pun org niaga tu jual 4 ikat je, habis seme mak kita borong. Maklum lah ramai kat rumah, seme pun jenis layan je sayur kampung gini.
Nampak macam daun pucuk manis kan? Tp yg ni lagi sedap, ranggup dan manis je daun die.
Dah duduk kampung, menu pn seme kampung la. Bt jugak gulai rebung, rebung kampung tak sama macam rebung KL ya. Rebung kampung muda2 and lembut je. Paling penting tak bau. Rebung KL kdg bau busuk, kita tak tahan la plak. Pastu keras kadang tu sbb rebung tua kan. Yg ni mmg sedang molek je rebungnya lembut sedap gitu.
terliur nya ...
ReplyDeletelauk tuh makan ngan ikan goreng n sambal belacan je pun dah cukup
baru la menambah 2 3 pinggan hahahha