Monday, January 11, 2016

bila anak dara merajok

Adik skang dapat akal baru. Die pandai dah pilih baju sendiri, baju yg die suka mmg baju itu je la yg die nak pakai. Adoi pening kepala mama sbb time abg dulu mama takde experience gini nak. Abang ko pasrah je apa mama pakaikan.

Tp now, lagi kritikal sbb die nk pakai baju princess je. warna pink okeh! Masa kat kampung, malam Jumaat tu die pakai Pyjama pincess kaler pink. Pyjama tu opahnya yg belikan. Sy memang tak belikan sgt baju katun2 ni sbb ntah tak berkenan kot. prefer yg plain je.

Pg besok je dah mengaruk taknak mandi. Nak pakai baju princess. Haru, saya paksa jugak sbb dah bau sampai kol 11 tak mandi. Dah mandi die bantai nk pakai baju princess tu balik. Memang saya tak bg la sbb dah bau peluh masam bagai.

Pastu merajuk sampai tertido. Ingatkan bangun tido lupa la kes baju princess tu. Rupanya dia ingat lagi wei. Ya allah, tepuk dahi mama ko. makcik2 ngn opahnya seme pakat garu kepala. Silap jugak kalau basuh masa die tido tu jemur, kering jugak sbb panas kat kampung.

Bangun tido dah satu episod menages meroyan nak baju princess. Ktorg nk bk KL dah, die bantai taknak pakai baju. Kita angkut je la bawa masuk kete, dalam kete die tak nk duduk kat kita sbb merajok saya tak bg die pakai baju princess. So duduk la atas riba papa sambil papa drive. Eeee sakitnya hati masa ni, geram rasa nak kutil je...


Sampai tertido la gini. Bila die dah lena tu baru kita angkat ribakan. Tapi mmg gitu la, nak pakaikan baju die taknak..


Sampai KL, hasben terus lencong ke KWC. Nk g beli baju princess banyak2. HAHAHAHA rasa nk tergelak pun ada, anak dara punya pasal, sanggup papa die ha balik dr kampung penat2 terus g KWC. sampai KWC tu nak suh die pakai baju punya la payah, puas pujuk. Last2 paksa je la, takkan nk kluar masuk mall pakai pampes je.

Bila jumpa je kdai baju princess, baru lah bersinar2 biji mata. Kami suh la adik pilih sendiri. baju pertama die pilih design sebijik sejibon yg opah die belikan. die mmg minat design tu rupanya. Lagi 2 lai die pilih design princess kaler pink jugak. Sy bagi kaler lain taknak katanya. Kami beli 3 pasang je RM 60. gaji bulan depan boleh la repeat and tambah koleksi sbb skang pn asyik dok ulang rotate yg 4 lai ni je. Runsing mama nak bsuh baju.


Sebabkan adik dah beli baju,  abang pn nak la jugak bahagian dia kan. abnag amek jam tangan Big Hero. Yg ni mahai skit RM 15 tak silap adik tgk abg beli jam die pn nak jam jugakk.. amek la jugak jam princess RM7.. Nak kata apa, kang kalau abg dapat, die punya takde dah merajok menages lagik..


Jalan2 nampak plak beg Robocar poli ni. Dah benti nak beg ni. Mujur la abang boleh pujuk cakap abg byk beg kat rumah so abg mengalah tak payah beli beg. adik je beli.



Baru muka ada senyum dapat seme kehendak di hati.


Untung la awak dik.. Papa melayan je apa awak nak. Kalau mama, booolayannnnnnn... Sikit2 boleh la, ni sampai baju, beg , jam seme die pow. Cayalahhhhhhhh.

Penangan anak dara. Phewww....

1 comment :

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails