Friday, January 29, 2016

Tips Memilih Pakaian Office Wanita


Tahun ni genap 9 tahun saya bekerja di company GLC ni sebagai seorang Jurutera. Saya mengakui persekitaran kerja banyak mempengaruhi gaya pemakaian saya ke pejabat. Kalau saya perlu membentangkan kerats kerja, saya akan pastikan saya memakai pakaian yg Nampak elegant, professional dan yg penting pakaian tersebut mampu memberikan impak rasa yakin dalam diri saya.
Kalau ke ‘site’, pakaian saya lebih santai dan saya perlu pastikan ianya Selamat dan bersesuai jugak. Takkan  saya ke site dgn baju rambu ramba, labuh meleret. Bahaya bukan?

So kali ni saya ingin kongsikan tips memilih pakaian office bagi wanita yg bekerja.

Penting bagi wanita yang bekerjaya untuk sentiasa tampil kemas dan bergaya ketika di tempat kerja. Namun, bila bercakap mengenai penampilan yang ‘bergaya’, kaum wanita haruslah bijak membezakan antara jenis pakaian yang dipakai untuk menghadiri majlis istimewa atau jenis pakaian untuk ke pejabat. Bukan semua jenis pakaian sesuai untuk digayakan ke pejabat dan ketika anda bersiap sedia, pastikan pakaian office wanita pilihan anda tersebut menepati ciri-ciri seperti berikut;
Pertama sekali, pastikan anda memakai pakaian formal yang terlihat sopan dan sesuai untuk dipakai. Jenis-jenis pakaian formal yang boleh anda gayakan adalah seperti kemeja, blouse, seluar slacks, skirts, baju kurung, dress muslimah dan jubah moden.

Pakaian sebegini selalunya menjadi pilihan saya jika saya perlu melakukan pembentangan kepada bosses, customer dan rakan sepasukan. Pakaian tidak perlukan jenama yg mahal, cukup la kita rasa yakin dgn suit kita pd hari tersebut secara automatic, kita akan lebih yakin dalam menyampaikan idea.



ALWAYS memakai pakaian yang berwarna ‘selamat’ seperti hitam, biru tua, kelabu atau pilihan warna-warna pastels yang lembut. Jangan sesekali memakai pakaian yang berwarna terlalu terang seperti merah jambu atau neon. Warna-warna yang terang ini tidak sesuai digayakan untuk imej korporat dan boleh dipertimbangkan jika anda bekerja di dalam industri fesyen atau hiburan.

Ya, saya berkeja dalam bidang prfessional, kebanyakkan baju2 saya berwarna “selamat”. Jarang sekali saya menggayakan warna2 yg terang, walaupun kadang kala warna yg terang ini menggambarkan kita seorang yg berkeyakinan tinggi dan berani tapi ia perlu mengikut kesesuaian tempat jugak. Bayangkan, di dalam mesyuarat, saya memakai baju merah menyala. Pasti saya akan menajdi tumpuan mata2 dalam mesyuarat tersebut.




Begitu juga dengan pemilihan pakaian yang bercorak, pastikan corak pada pakaian tersebut tidak terlalu ‘heavy’ atau serabut. Pakai pakaian yang bercorak minimal untuk menyesuaikan dengan suasana tempat kerja anda.
Dan yang terakhir adalah gayakan pakaian yang tidak terlalu ketat atau dengan kata yang lain, get your size right! Ingat, anda harus sentiasa bersikap professional di pejabat.

Jauhkan pakaian yg menjolok mata. Di tempat kerja terdapat pelbagai gender dan bangsa yg bekerja di bwah satu bumbung. Pakaian yg ketat dan menjolok mata mungkin mengundang ketidakselesaan di kalangan rakan sepejabat. Memandai la bersederhana dalam berfesyen.

And I always believe in this quote “ What I wear everyday transform my body language and attitude. They lift up my physically and emotionally.”


No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails