Thursday, January 7, 2016

Restorant Rebung Chef Ismail Bangsar

Dah lama dah boss nak banje, tapi memasing bizi. Kang sorang meeting la, sorang mc la hehe. Actually division kita ada ramai tapi unit kita ada 5 org je, boss kita AGM bawah die ada 4 org Manager. Itu je la hahahah itu yg kalau nk cuti lama time projek kick off tgh bizi aduihai rasa bsalahnya sbb takde sape nk cover keje kita.

Boss kita actually bru confirm tu yg nk banje kami makan. Sebabkan hujung thn ni ramai cuti so meeting pn mcm tak byk dpt la kuar g lunch. Tu pun kami g makan dekat2 je kat Restorant Rebung Chef Ismail. Pestime saya makan sini. Rupanya ada buffet dan konsep maknan ialah maknan kampung. Masa sampai2 tu tgk lah food selection, tak terlior pn sbb nampak cam ek eleh biasa je.. Skali bila dah makan, mak kauuuuu sedap giler. Memang authentic masakan melayu kampung perghhhhhh tak silap buffet die harga RM40 perpax tp mmg berbaloi la...

First round saya amek lauk ikan patin. Ikan patin tempoyak ni sedap, patin die takde bau, saya rasa dr Pahang ni sbb kalau patin bela kolam bau tanah.. Eukkkkkk sy mmg tak makan kalau bau. Ni mmg sedap, molek betul pedas masam seme sedang elok.

Pastu nampak siput sedut amek gak skit. Perghhh ni mmg saya takkan masak sbb geli kahkah so bila jmpa ni haruslah makan. Sedap jugak, takde bau hanyir. Pedas seme perfecto...

Amek paru goreng rempah, sedap baru rempah dia. garing dan terasa rempah ratus.

Ada banyak lagi lauk lain ie asam pedas pari, ikan bakar ngn air asam, ayam msak ros, kari ikan, kerabu, nasi ulam... Eh byk la selection.


Pastu kita try lak sup daging die. Ni pun sedap mmg kene la ngan tekak saya. Pedas seme cukup  rasa.


Laksa pun sedap. Selain laksa ada soto, bihun sup, roti jala, ubi rebus, rojak buah,


Selection of main food tp gambar blur plak..


Ni plak ulam2 kerabu, ikan masin, sambal belacan, sambal tempoyak, budu, cencaluk, eh seme masakan menu kampung la..



Dessert pun best2 ada ABC, cendol, kuih muih tradisional ie agar2 gula merah, kuih lopeh, pengat durian, bubur kacang, kole kacang. 

Ya allah mmg sedap makan kat sini. Kalau saya ada rezeki lebey nk belanja hasben makan sini jugak nnt sbb mmg sedap dan pueh hati makan....RM 40 tu kira berbaloi la... Tu pun saya tak makan banyak, rasa sana sikit, sini skit sampai sendat perot.



sape yg nak terjah ni alamat die.

Address: 4-2, Lorong Maarof, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone:+60 3-2283 2119

Boleh la call dulu.


1 comment :

  1. tak pernah makan kat situ. kalau tengah hari memang buffet lah yer.menarik ikan patin tu, kalau kat shah alam kat temerloh katering jer la yg kena tekak kita.

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails