Saturday, December 25, 2010

Happy 1st Annivesary

Hari ni 25 December 2010..

Setahun yang lepas, tepat ketika waktu entri ini dipublish, saya telah selamat bergelar isteri kepada Mohammad Amirul Adlee..

Masih segar dalam ingatan ketika majlis akad, betapa kuatnye debaran di hati.. Saat lafaz sah keluar saja dari mulut tok kadi, jutaan syukur keluar dari mulut ini...

Syukur alhamdulillah kerana segalanye telah selamat berjalan lancar...
Saat pertama kali dahi dikucup oleh suami, masih terasa getar sejuk yang mengalir di badan ni...



Besoknye pulak majlis bersanding, teringat saat kami berdua disandingkan atas pelamin yang indah pilihan hati kami.. Terasa sangat gemilang walaupun takde la sehebat perkahwinan fairy tale kan... Tapi kami tetap rasa puas hati dan gembira...

Saat pertama kali solat jemaah berimamkan suami, tido sekatil dan sebilik.. Segalanya merupakan kenangan terindah dalam hidup nie...

Dan syukur alhamdulillah sekali lagi, hari ini telah genap setahun usia rumahtangga yang kami bina.. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu kami tempuh, hubungan ini akan terus kami bajai dengan kasih sayang berlandaskan Al-quran...

Kehidupan kami sekarang lebih bermakna dengan kehadiran Ar-Rayyan... Dan sekarang kami telah bertiga....


Kepada suamiku,

Selamat hari ulangtahun yang pertama kita...
Semoga rumahtangga yang kita bina ini kekal hingga akhir hayat..
Terima kasih atas segala-galanya...

You're the best thing happen in my life!!!!
I love you always and always be.....




11 comments :

  1. how suweet! terharunye haaa. Tahniah ye. :)

    ReplyDelete
  2. salam...
    selamat ulangtahun perkahwinan :)
    semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat dan diberkati Allah s.w.t....

    ReplyDelete
  3. happy anniversary yer! me doakan kalian berbahagia hingga hujung nyawa and ke syurga..Amiin

    ReplyDelete
  4. Congratulations... Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat... :)

    ReplyDelete
  5. happy anniversary....

    ReplyDelete
  6. hepi enibeseri! pecan butterscotch mmg terbaik!! :)

    ReplyDelete
  7. selamat ulangtahun perkahwinan
    semoga kekal ke akhir hayat ;p

    ReplyDelete
  8. happy anniversary..:-)

    semoga kekal hingga ke hujung nyawa. semoga yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan. amin.

    ReplyDelete
  9. hepi 1st anniversary.. semoga kekal bahagia selamanya..

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails