Thursday, May 10, 2012

Baru tahu sayang..

Semalam saya halfday. Sesape yang baca status di FB maybe tahu kenapa.
Saya halfday kerana menemani suami berjumpa dengan pakar jantung di Hospital Pantai Ampang. Maybe semua tertanya2, suami sakit jantungkah. As of entri ini ditulis, kami masih belum mempunyai keputusan yang tepat. Pagi ni, saya ambil cuti sebab menemani suami ke hospital lagi untuk mengambil beberapa ujian for cardio test. 

Kisahnya begini, malam semalam balik keje hubby mengadu dah seminggu sakit dada. Being seorang yang paranoid dengan sakit dada ni (arwah ayah saya dulu mengadu selalu sakit dada, mana tahu ianya petanda awal sakit jantung) saya ajak somi ke klinik. But he rufused. Katanya besok aje la. But, makin lama tengok makin terok. Jalan pun dah bongkok-bongkok. Masa tu dah pukul 930 malam, saya bertegas gak ajak somi pergi klinik. Akhirnya suami pun ikot je la. 

Sampai klinik, ramai betol orang tengah queue. Turn kami masuk jumpa doctor, masa tu dah pukul 11 lebih. Jumpa doc, doc tanya macam2. Biasa lah doctor, nak diagnosed orang kene la tanya soalan. Bila dah habes soal jawab, doc kata dia nak buat CTG test untuk tengok heartbeat. 

Sekejap je CTG test tu, terus dapat result on the spot. Bila doc baca graf2 dari CTG tu, doc suspek ada problem ngan jantung somi. The reading is not as usual. I mean, tak normal macam orang sihat. Then terus dia keluar surat refer to specialist. Malam tu jugak dia suruh kami pergi specialist.

Dari klinik, balik rumah kejap amek susu and pampes Rayyan, terus pergi hospital. This time saya pulak drive, doc tak bagi hubby drive dah. Sampai hospital terus msuk emergency, ambil darah, go through all the process. So semalam saya teman somi jumpa pakar tok discuss about the result daripada process yang dilalui msa di emergency room. Tu pun keputusan tepat masih belum boleh buat, kene melalui another 2 test yang lain.

Saya berharap sangat tiada apa yg serius dengan kesihatan suami. Amin.

Saat saya menaip entri ni, sesungguhnya saya amat2 risau. Giler kau, sape yang tak risau. Suami. Tempat bergantung, tempat bermanja, tempat segalanyalah. I just cant imagine my life without him.

Apa yang terjadi buat saya tersedar, kita sihat, kita sakit, semuanya kita tak tahu. Begitu juga mati. Apa yang jadi ni, buatkan saya taknak berenggang dengan suami, kalau boleh setiap saat saya nk spend dengan dia. Sebab kita tak tahu bila kematian itu akan tiba. Cukuplah sekali saya melalui kematian ayah yang mengejutkan. Yang buat saya menyesal sebab tak dapat spend masa dengan arwah. Arwah meninggal sbb serangan jantung jugak. Sebab tu la saya sangat paranoid bila dengar sakit jantung ni.

Then apa kene mengena plak ngan tajuk entri nie: Baru tahu sayang..... 
Adakah maknanya selama ni saya tak sayangkan somi..
Mesti la sayang.. Cuma kita ni manusia, tahu sayang tapi dari segi nak menzahirkan tu kita selalu lah macam buat halai balai. Contoh macam orang kata peluk suami  hari2... Kekadang tu bila terlupa saya akan pikir, takpe besok ada lagi, besok la peluk.... 
Tapi, sejak kami menerima berita macam ni saya macam tersedar... What if kalau tiada lagi besok????
Nak menages? Nak putar balik masa? Semuanya dah terlambat kan..
So saya tak mahu jadi yang terlambat tu. Now, saya hanya ingin spend masa yang ada bersama suami. Selama mana yang boleh, seperti tiada lagi besok. Over kan? Yes, memang over!
Saya taknak menyesal kemudian hari. Biarlah apa orang nak kata.

Kita takkan tahu apa yang akan jadi besok, apa yang hari ini kita ada, hargailah. So saya nak hargai masa saya bersama suami dan anak2, masa kami sekarang. Masa depan, kita tak tahu apa dia masa depan kita, macam mana masa depan kita, kita tak tahu semua tu. its clueless babeh! What we can do only planning...
Kita merancang masa depan, contohnya tahun depan nak beli rumah besar, tahun depan nak belikan isteri kereta sport sebijik, tahun depan nak pergi Paris honeymoon.... Tapi adakah tahun depan tu masih ada untuk kita???

Kita tak tahu, takkan pernah tahu pun.....

So pada saya masa sekarang lebih berharga, sebab itu yang ada di depan mata kita sekarang. Tak mahu pikir besok, besok, besok dah. Eh paham ke apa saya bebel nie? Ala, kesimpulannya, sentiasa fikir, there is no tomorrow. Bila pikir macam tu, kita akan appreaciate masa kita bersama orang tersayang. Kita akan appreciate masa makan malam bersama, masa pillow talk bersama, masa menonton TV bersama.

Kalau ikotkan, minggu ni saya sangat banyak keje di ofis tapi saya tetap ambil cuti untuk menemani somi. Saya nak bagi semangat dekat dia, saya tahu dia pun risau jugak. Double risau. Saya perlu buat2 cool dan tabah untuk tak menambahkan kerisauan dia. Now, saya hanya ingin berada di samping dia. Tak nak berpisah walau sesaat kalau boleh. Itu yang penting!



Husband dearie,

Whatever the result is. We will go through it together. I promise.Lets spend our days, enjoy and cherish our love now and today.Like there is no more tomorrow for us.                      

Loves, hugs.Wifey
















11 comments :

  1. aku doakan semuanya akan okay ye Jue. tp entry ko buat aku sedar aku bnyk "abaikan" laki aku. kdg2 terlampau2 lebihkan anak...... imbalance.

    ReplyDelete
  2. semoga takde apa2 ye jue..semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini..

    ReplyDelete
  3. sayunyer... thanks menyedarkan
    semoga tiada apa-apa yang berlaku
    hubby saya pon ada ngadu sakit dada sejak dia berhenti merokok mengejut tp now dia sambung merokok tapi katanya sikit2 sebab dgr kata org tak elok berhenti terus sebab jantung tu dah biasa berasap
    ntahla..dia yang rasa, ajak gie check semua xmo

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya ok ya :) take care..

    ReplyDelete
  5. tetibe rasa nak nages baca entry jue ni..hukhuk..

    whatever the result is, i know u r strong enough to face it..take care ye..

    ReplyDelete
  6. Jue, betul tu? kam ada pun pernah alami benda ni ketika bersama suami. ada kam cerita dlm blog. tapi suami kam ada msalah dengan kepala...tapi, after test semua, alhamdulillah OK. cuma tulah, bila ingat balik, emmang byk serba 'halai balai', sbg isteri. kkdg attention pd suami pun kurang, xspeseli bila sgt bz dgn kerja pejabt n tgok umah serabut. hmm...apapun, semoga semuanya Ok2 aje, ye Jue...apa2 update ye

    ReplyDelete
  7. semoga suami jue x de sakit yg serius.. walau apa pon.. sila take care..

    ReplyDelete
  8. sabar ye jue..hopefully minor je. be strong..

    ReplyDelete
  9. betul tu,hargai apa yg ade didpn mata

    insyAllah semua nya ok

    ReplyDelete
  10. hurmm...speechless baca entry kamu nih..betul kata kamu..kita tak tau esok masih ada lagi tak untuk kita..semoga hubby kamu getting better dan dilindungi selalu..Insyaallah..:)

    ReplyDelete
  11. Touching. Yes, this is what we want, susah senang sama2.

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails