Wednesday, May 16, 2012

ShenZhen Trip: LuoHu Shopping District Heaven gile Shop sini!

Sambungan entri ShenZhen.  Minta maaf la kalau entri ni mengambil masa.
Bukan apa nak resize gambar dan memilih gambar yg beribu2 tu satu hal.
Nak menaip entri satu hal, saya ni bukanlah blogger tegar.
Ala2 tegar atau tak je.

Sampai ShenZhen pukol 1 pagi. Sampai2 hotel memang tido aje la.
Alhamdulillah kepala ni jenis letak je terus berkeruh tido. Takde la masalah bertukar tempat tido ke hape.
Jetlag pun takde. HAHAHA

Besok pagi2 dah kuar reramai 12 orang nak gi Luo Hu.
Luo Hu macam pusat membeli belah. Memang pemes la kat sini.
Korang kata je nak apa, sume ada. Iphone ada, Ipad ada, sume murah2.
Sebab sumenya China made. T___T
Tapi kat sini, senang kene tipu.
Diaorang memang letak harga kaw kaw punya.
Kita kene cantas sampai 70% tau, kalau tak memang rugi la.

Saya sangat bertuah sebab fasih berbahasa Mandarin so orang2 cina kat sini tak boleh nak tipu.
T_____T 
Mekaseh kepada mak ayah yang hantar saya ke sekolah cina, berguna juga ilmu tu hehehe.



Kami pergi Luo Hu naik MRT je. Dari hotel nak ke MRT jalan kaki. Walking distance je semuanya.
Very convenience. Cuma masa nak carik stesen MRT tu mengagau sikit la kan. Tapi takpe, saya sebagai juru bahasa memang terpaksa meramahkan diri tanya tukang sapu or sesape tepi jalan. Naseb baik la diaorang tak kedekut nak tunjuk jalan.

Tau kenapa amek gambar kat sini?
Nak tunjuk tu belakang tu, diaorang angkut bawa naik MRT.
Dasat kan? Kalau kat Mesia harus dah kene halau dah ni..... Berbonjot2 barangnye nak bawa naik MRT.


Bergambar di stesen MRT Luo Hu. Luo Hu Shopping Mall ni memang dekat MRT je, macam KLCC. So takkan ada masalah sesat.

Sepanjang kat China ni, ada la 3x pergi Luo Hu ni. Bukannya saya beli apa pun, tapi sebok jadik juru bahasa orang lain tok proses tawar menawar... HAHAHA


Rombongan Che Kiah. Hanya ada 3 oranga je pompuan. Hehe tapi takde hal lah. Saya dah biasa work together ngan diaorang nie. By right, ini lah team mate saya yang selalu support each other bila buat keje.


Bergamba dengan Luo Hu shopping mall. Siyes besar giler Mall ni, patut la macam2 ada. Tengok gambar ni terus stress sebab kurus lagi masa nie.



Luo Hu Coach Station. Apa kat tangan saya tu? Tu adalah roti bekal dari KL hehehe jauh betol roti tu datang ye...


Ini adalah IPAD china made tu. Sebijik Ipad uols, macam mana la orang tak tertipu. Tapi my advise, gadjet2 gini jgn la beli kat China. Takde kualiti SIRIM satu hal, lagi satu kepuasan diri. Nak beli, beli yg ori terus. Walaupun mahal tapi berbaloi. 

Kat sini ada benda boleh beli, ada benda tak boleh beli. Yang berbaloi kat sini tempah baju kemeja, suar slack, blazer.. Memang berbaloi. Murah.

Saya tempah suar slack (maklumlah suar slack susah nak carik size tok orang punggok besau ni) ngan blazer baru RM200, termasuk kain sekali. Kain yang jenis mahal tau.

Pastu boleh la beli cadar yang patch on tu, memang cantek2. English style gitu, rege dalam RM60-RM80. Tu lepas tawar tau. Kat Mesia dalam ratusan gak la.

Pastu yg paling best henbeg LV gred AAA. Jgn tak tahu, rupanya ada gred AAAAA. Tukang jual tu bgtau saya. Tapi gred AAA pun dah halus dah keje tangan nya. Dah mcam original dah.


Style nak beli barang kat sini, tengok katalog. Tunjuk nak yang mana, pastu nanti tokey kedai gi amek stok kat stor. HAHAHA. So memang keje aku dok tunjuk gambar katalog aje la...

Kat atas nun tengah pilih jam. Jom yang rege ribu riban yang aku tak pernah dengar jenama tu memang ada. Murah lak tu. Ada membe yang beli, sampai skang tahan lagi. Ok la kan? Dapat pakai setahun pun dah ok.


Ha.. Yang ni cuffling kat kemeja lelaki tu. Cantek kan? Suka sangat tengok. Tapi husband ku tak pakai kemeja ke opis, takde la beli. Ni tolong membe lain tawar nie.. Hehehe


Saya rembat 2 bijik LV tok diri sendiri, 2 LV tok adik ngan mak dan 1 Gucci tok adik bongsu.. HAHAHA giler.

Murah dan berkualiti. Sampai hari ni dah ramai tegur bape ribu saya beli LV ni? Padahal RM70 aje HAHAHAHA..

Mana la makcik mampu pakai LV ori sayang oi..... Gaji sebulan sebijik LV ni! 

So kalau uols ke ShenZhen, harus pergi ke Luo Hu ni tapi ingat 2 benda.

1. Kene tawar sampai 70%, kalau dia tak bagi, blah je dari kedai tu. Pastu kompem dia akan panggil kita balik.

2. Sebelum amek barang sila cek betol2, pastikan semua ok. Diaorang ni suka tipu2 sikit. So be extra careful ok.

Thats all, tunggu next entri pulak!

4 comments :

  1. ooh..akk reti mandarin ye..besnye...ipad tu bli kt sne ek..huhu

    ReplyDelete
  2. wahhhh...bestnya. Barang murah. Nak pegi sana, beribu!

    ReplyDelete
  3. untung tau orang pandai ckp cina ni..

    bestla dpt g china.. teringin sangat nak sampai sini..hhuhu

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails