Awal bulan ritu saja jalan kat Carrefour...
Sekali nampak oven 30L ada promo, dapat RM219..
Aku memang dah lama sebey oven nie...
Sbb memang suka mem'baking'.. Tapi aku baking untuk makan bukan untuk jual..
Belum terpikir lagi nak bt jual nie....
So SMS hubby tanya boleh ke nak beli.. Hubby kata beli je la, since dah lama aku nak oven....
So terus la beli kan...
Sehari selepas beli oven, tok test oven baru kita bake cream puff...
Mula2 aku bakar 4 ketol je, nak tengok camne hasil selepas pembakaran...
Kembang ke, kuncup ke.. Tengok2 hasilnya amat la memuaskan, baru proceed bakar banyak2....
The next trip hehehe..
Penuh satu dulang...
Meh nak share resipi cream puff, resipi ni amek dari Dayu...
Bahan-bahan untuk Choux Pastry:
- 1 cawan air
- 75gm butter
- 1 cawan tepung diayak
- 1/3 teaspoon garam
- 3 biji telur
Cara-cara nak Choux Pastry:
- Mula2 cairkan butter dalam periuk sampai mendidih. Then masukkan tepung, kacau laju2 sampai sebati jadi doh. Masakkan lg dalam masa 3 minit guna api sederhana. Then baru tutup api. Bila doh dah sejuk, masukkan dalam bekas, pecah telor and pukul ngan mixer. Telur masuk sebijik demi sebijik. Agak2 doh ni tak terlalu keras dan terlalu lembik.
- Pastu masukkan dalam piping bag, dan start la mendeco atas dulang.. Pusing2 sampai jadik cam dalam gambar, berputar gitu.
- Panaskan oven 15 min pada suhu 220C. Bakar guna api atas bawah. 15 min pertama guna suhu 220C, kemudian turunkan ke 190C selama 15minit. Agak2 dah keperangan tu, boleh la keluarkan.
- Bila dah sejuk boleh la sumbatkan custard kat tengah. Boleh guna piping bag gak tok sumbatkan custard tu kat tengah..
Bahan-bahan untuk krim custard:
- 200 ml susu segar
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu butter
Custard Cream:
- Campur kan tepung gandum, tepung jagung, gula dan 2,3 sudu susu.
- Kacau laju-laju jangan sampai ada yang berketul. Gunakan api perlahan. Kemudian masukkan telur. Kacau lagi dan kemudian masukkan baki susu.
- Sentiasa kacau dengan api perlahan hingga jadi pekat. Tutup api. Masukkan butter. Siap.
Inilah hasil cream puff pertama air tangan ku...
Rayyan sangat lah suka, asal kuar oven, tak sempat nak sumbat custard, Rayyan pun mintak.. "nak, nak, nak"...
Terus lagi bersemangat nak buat sebab anak suka makan, papa nye pun suka jugak...
Next time memang boleh buat lagi for hi-tea....
Senang je buatnye...
Published with Blogger-droid v2.0.4
nampak mcm leceh tu xpernah buat hahaha
ReplyDeletesedap tu..my fav tu..
ReplyDeletedah lama teringin nk buat tp alahaiiii mood asyik ilang jerr... sng2 nanti nk try jgk2
ReplyDeletesaya penggemar cream puff! teringin gak nak baut asyik beli jee..hehe
ReplyDeleteWah...nampak sangat sedap lah
ReplyDeletesuka makan.. tapi x reti nak buat.. oven pon xde.. hehehe *alasan betol
ReplyDelete