Thursday, October 4, 2012

Selamat UlangTahun ke 2 Kesayangan Mama Muhammad Ar-Rayyan


See the cheecky face? Ya, hari ini genap 2 tahun usia Muhammad Ar-Rayyan. Sangat sekejap masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun dah Ar-Rayyan hadir dalam kehidupan kami berdua. 

Pada kami Ar-Rayyan adalah anugerah kegembiraan dan kebahagian yg paling berharga Allah beri pada kami. Syukur alhamdulillah. Ar-Rayyan dilahirkan 2 bulan selepas pemergian Ayahanda tersayang kami. Selepas pemergian ayah, emak lah orang yg paling sedih. Tak makan berhari2 sehingga susut badan. Asyik termenung tepi tingkap. Kadang2 menages sorang. Sehinggalah selepas kelahiran Rayyan, barulah sedikit demi sedikit emak mampu melupakan kesedihan yang telah menimpa kami. Emak makin dapat mebuang rasa kehilangan tu dengan kehadiran dan keletah Ar-Rayyan yang menemani mak setiap hari.

Ar-Rayyan benar2 membawa kembali kebahagiaan dan kegembiraan dalam keluarga kami. Jadi tak hairanlah kalau dia menjadi kesayangan dan dimanja oleh opah, maklang, ucu dan pakngahnya. Cakap je nak apa, pasti ada orang yang sanggup nak belikan. Untung Ar-Rayyan, murah rezeki. Mama doakan Rayyan akan terus dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat Allah.

Sempena ulangtahun ke2 ni, takde sambutan beday party yang akan kami buat. Rayyan masih belum paham apa itu birthday party, jadi pada pendapat kami agak membazir di situ. Insyaallah, malam ni kita baca Yassin dan berdoa agar Rayyan menjadi anak yg soleh, yang cerdas akal fikirannya, serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan... Kebetulan pulak malam ni malam jumaat, memang sesuai sangat la kami berjemaah sambil ditemani si kecit. Semoga doa kami sebagai ibu bapa, akan di angkat di langit malam ni.

Sebenarnya  aku ngan hubby plan nak beli kek Upin dan Ipin katun kegemaran rayyan tapi akibat kesibukan keje di ofis yang melampau. Aku lupa nak place order. Hari ni baru terhegeh2 nak telefon orang kek. Penyudahnya, upacara potong kek bersama famili akan diadakan wiken ni la nampak gayanya. 

And sebagai reward jugak, next week kami akan bwa Rayyan holiday naik flight. Hehehe nak spend masa dengan anak tersayang.

Muhammad Ar-Rayyan,

Mama doakan Ar-Rayyan membesar dengan sihat dan sempurna, semoga Rayyan menjadi anak yang pintar, yang baik budi bahasa dan akhlak, yang taat pada perintah agama, pada ibu bapa. 
Mama dan papa akan sentiasa mendoakan yang baik baik untuk Rayyan.

We love you on each breath we take. 

Amin.

PS:/ Seperi yang dijangka, baru dapat whatsapp dari adik aku (maklang Rayyan). Rayyan hari ni ke Chow Kit bersama opahnya dan pakngah nye untuk membeli car ke motor ke tak sure. Balik nanti kita tengok apa dia dapat.  Hadiah beday.
Untungnye lahai anakkkkkk... Mama pun tak sempat lagi beli beday prezzie kamu, opah, pakngah dan maklang kamu dah bawa kamu gi beli adiah....

10 comments :

  1. Rayyan, selamat hari lahir. Aunty doakan agar Rayyan diberi kesihatan yang baik, di lapangkan dada agar mudah menuntut ilmu. menjadi anak yang soleh dan menjaga agama dan kedua ibu bapamu.

    ReplyDelete
  2. semoga panjang umur dan sentiasa murah rezeki..

    ReplyDelete
  3. happy besday rayyan...semoga rayyan menjadi anak yg soleh dan membanggakan keluarga yer...

    ReplyDelete
  4. happy birthday Rayyan!!moga membesar jadi ank yg solleh~amin!!

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Ar-Rayyan..semoga membesar menjadi anak yg soleh dan membahagiakan ibubapa..aminnnn

    ReplyDelete
  6. haisshhh...sedih pulak baca2 posting kali nieh jue. Sambil tu dok pandang kanan, gambar dia masa baby:)

    ReplyDelete
  7. Amin

    hepi besday rayyan sayang

    setuju dgn juelee suami isteri

    insyAllah dah besar sikit,rayyan dah tau baru best buat b'day party

    ReplyDelete
  8. selamat hari jadi rayyan ( blog walking

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday Ar Rayyan. Aunty Neddy doakan Rayyan jd anak yg soleh dan diredhai selalu. Dh besar anak sis. Sekejap je masa berlalu kan. Semoga sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki ya sis.

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails