Hari ni hari terakhir 2012. Alhamdulillah, syukur sangt 2012 banyak meninggalkan kenangan yang indah2 buat saya dan keluarga.. Kalau tanya bab azam 2012, ntah la. Setiap tahun azam aku sentiasa sama yakni ingin berubah ke arah yang lebih baik... Memang klise la T__T Aku ni bukan jenis orang yg spesifik letak azam, tahun ni saya nak beli kereta jenama xxxx, tahun ni saya nak melancong ke xxx... Memang tak pernah kot aku buat azam gitu, tapi impian ada. Impian tu tak kesah tahun bila nak capai ye dak.
Orang kata kalau dah berazam nnt kita akan usaha. Tapi aku ni bkn kategori tu kot, aku adalah jenis orang yg follow the flow. Dari dulu lagi. Aku hanya berdoa agar segala yang aku lalui dan dapat itu yang terbaik dan membawa aku ke jalan yg baik. Alhamdulillah, walaupun perangai aku macam tu Allah sentiasa permudahkan dan tunjuk aku jalan untuk aku dapat apa yg aku impikan.
Entri ni nak menyingkap kenangan manis aku sepanjang 2012, ni yang mana aku ingat dan ada gambar aje la.. Yang tak ingat tu kene la godek balik blog ni heheh.. Ada jugak yg tak tulis dalam blog, bukan seme kita boleh tulis ye dak?
Tahun ni aku dapat rantai yang terukir nama aku ngan habi ni sempena tak-tahu-apa. T___T Habi memang gini suke bagi adiah yg tiba2. Rantai yg terukir nama ni mmg dah lama diidamkan. Tahun ni baru tercapai. Dan sepanjang dah kawen, inilah kali pertama habi bg hadiah emas emas ni. Mahai kot, tak boleh bagi tetiap tahun.....
Tahun ni jugak, saya dapat menjejakkan kaki ke Disneyland. (Entri Disneyland belum buat lagi, ramai yg rikuest, baiklah tahun depan saya akan buat) .. Disneyland ni tempat impian waktu kecik dulu, tingin sangat nak p, tapi mana mampu masa tu. Alhamdulillah, company hantar saya training ke China, terus masuk Hong Kong gara2 nak ke Disneyland punya pasal. Satu hari nanti, insyaallah teringin nak bawa anak2 plak ke kota fantasi ni.
Tahun ni jugak, impian saya utk bawa mak dan adik2 bercuti terlaksana. Alhamdulillah, saya dapat menggembirakan hati mak, bawa mak dan adik2 ke Langkawi. Mungkin pada orang lain benda ni nampak kecil je, tapi pada saya besar maknanye.. Sepanjang saya bekerja, saya belum pnh berkesempatan nak bawa mak dan adik2 pergi melancung. Dulu masa arwah ayah ada memang ada plan nak bawa tapi tak sempat. Ralat sangat rasa hati ni. Sbb tu bila mak kata tingin nak p langkawi, saya cepat2 book tix flight masa promo AA. Takmo terlambat lagi!
Selain bercuti dengan famili saya, antara kenangan yang best tahun ni kami jugak dapat bercuti dengan famili in laws saya. Seme pun join percutian kali ni. Walaupun hanya 2D1N di Cameron Highland tapi bila bersama keluarga, segalanya haruslah indah bukan?
Dan masa awal tahun ritu, kami jugak telah dapat menjejakkan kaki ke Pulau Impian kami. Pulau Mabul. Indah sangat pulau Mabul tu, sampaikan kami decide untuk pergi lagi satu hari nanti jika ada peluang. Oh ye kami ni pencinta pulau pulau... So next target yg ada dalam wishlist kami Maldive dan Boracay Island.
Saya jugak telah menjejakkan kaki ke Holand Eh bukan lah. ke China buat kali ke 2 tahun ini. Alhamdulillah, dengan pekerjaan saya skang saya dapat banyak peluang utk berkursus di luar negara sekaligus memberi peluang untk saya berjalan ke negara orang, sesuatu yang tak pernah saya impikan pun. Terima kasih Ya Allah atas rezeki dan nikmatMu.
Tahun ni jugak saya dapat percutian yang ditaja ke Gold Coast Sepang, hotel ni mahai. Tak pernah terfikir pn untuk menginap kat sini. Sbb harga yg mahai dan tak mampu la kami. Tak sanggup nak bazirkan duet semata2 utk tido di hotel. Tapi Allah maha kaya, Dia beri saya peluang tu melalui cara lain. Syukur!
Dan rezeki di penghujung tahun, di kala saya menghadapi musibah anak sakit dan masuk wad. Allah beri nikmatnya dalam bentuk lain. Saya dapat hadiah percutian 3D2N di Penang hasil dari contest. Percutian ni utk tahun depan. Jimat duet kami.
Dan satu lagi kemenangan yakni percutian ke Gold Coast Sepang jugak, tapi utk tahun depan. Hehe T____T Hasil dari contest jugak. Semoga tahun depan 2013, rezeki contest saya makin melimpah ruah.
Dan alhamdulillah, 2 nikmat terbesar yang allah beri pada kami tahun 2012 ni, pertamanya, saya telah dinaikkan pangkat ke Manager. Alhmdulillah dengan naik pangkat tu rezeki kami sekeluarga bertambah. Dan tanggungjawab pun bertambah jugak T__T
Dan yang kedua, kami dah berjaya membeli rumah sendiri. Sekarang masih dalam proses pembinaan. Kedua2 kejayaan tersebut tak pernah pun saya rancang dan jangka ianya akan tercapai dalam masa yang terdekat ini. Tapi perancangan Allah itu indah. Dia tahu mana yang terbaik buat kami.
Saya benar2 bersyukur sangat dengan apa yang mampu saya capai dan miliki sepanjang tahun 2012 ni. Ada yang indah ada yang pahit. Yang indah tu akan tetap menjadi kenangan dan yang pahit tu saya nak lupakan je. Takmo simpan dalam hati.
Semoga 2013 akan menjadi lebih baik buat saya dan keluarga. dan untuk anda jugak!
So, hows your 2012???
Perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik. Alhamdulillah.... :)
ReplyDeletePlg best bila dpt bli rumh sendirikan..?
ReplyDeleteseronok nye. salah satu impian dah tercapai.
ReplyDeleteAssalammualaikum julee,
ReplyDeleteInsyaALLAH kita akan berjiran la nanti. awak beli umah no berapa ek?
eh btw, ingat kat kita lagi tak? :p
Alhamdulillah rezeki, paling best tengok rumah impian..
ReplyDeleteWoww!!
Kedua bila tengok rantai emas teruskir nama korang...
Bestnyer...
Tahniah ye :D
@deq noor
ReplyDeletetq.. aah allah tu maha mengetahui yg terbaik kan...
@Chekgu Azrine
ReplyDeleteaah.. best sangat bila dah ada rumah sndiri ni..
@Afasz
ReplyDeletealhamdulillah..
@Afasz
ReplyDeletealhamdulillah..
@Uwa
ReplyDeletewasalm.. bakal berjiran eh? awak beli no bape? kite yg belakang no N8 tak silap
@Myra Jay
ReplyDeletetq MJ... tu la, tahun lepas sangat la bermakna bg ktorg.. alhamdulillah atas nimatNYa