ada apa pada 27 December?
27 December 2012, andainya arwah ayah masih hidup, hari ni hari jadi beliau yg ke 55...Dah 3 tahun arwah pergi tapi ktorg tak pernah lupa beday beliau. Dan setiap tahun beliau tak pernah lupa untuk SMS anak2 bila tiba beday kami. Sesungguhnya aku rindu nak terima SMS arwah. SMS yg memberi semangat di kala aku putus asa, SMS yang memujuk hati, SMS beritahu ayah dah masukkan duit.
Rindu sangat kat arwah ayah. Lama tak dengar kata2 nasihat beliau yg menenangkan. Antara anak2 beliau, boleh dikatakan saya agak rapat jugak. Ingat lagi, masa saya belajar kat UKM. Ayah ada masalah, beliau telefon saya, mungkin niat nk meluahkan tap tak terluah. Bila saya tanya kenapa, beliau hanya jawab "Ayah nak dengar suara along... Lega rasa hati"...
Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.
Merindu orang yg dah tiada, adalah perasaan yg paling luka terdalam dalam hati. Nak dengar suara tak dapat, nak usap tangan tak boleh, nak dapat pelukan jauh sekali.
Sesiapa yg masih punya ibu-ayah. Please please please appreciate them. Saya merayu pada anda. Peluk dan cium mereka selagi adanya jasad dan nyawa mereka. Bersembang dan berbual la puas2. Bila tiba saat mereka tiada nanti, takde kata2 dapat menggambarkan kerinduan dan takde apa yg boleh jadi galang ganti. Percayalah! Selagi mereka masih hidup berbaktilah, jangan biarkan mereka mengalir airmata kerna kamu, jangan biarkan mereka ternanti2 kepulangan kamu.
Thursday, December 27, 2012
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
bergenang airmata baca entry kamu sis...betul, kalau dah tiada mereka, hidup dah takkan sebahagia semasa dia ada kan..Al-Fatihah buat ayah kamu..:(
ReplyDeleteal fatihah utk arwah pakcik
ReplyDeleteAlfatihah buat ayah juelee...
ReplyDeleteSakit ye juelee?
Saya tersedu baca entri ini. Saya juga rindukan ayah saya yang telah tiada...
ReplyDeleteInsyaAllah..
ReplyDelete