Monday, December 24, 2012

Kita hanya mampu merancang...

Alhamdulillah, Rayyan dah discharged wad semalam. Iaitu hari Khamis mlm maknanye kami dok sepital selama 4 hari 3 malam.

Cete asalnya Rayyan high feverhari Jumaat tu, sampai cecah 40 degree suhu dari Sabtu dah bawa gi kenek, tapi demamnya surut kejap pastu naik balik.. Sampai la hari Ahad.... Tu yang hari isnin tu, subuh pukol 4 pagi kami gi sepital pantai ampang, gara2 rayyan dah mengigil.. Padahal cek suhu 40 darjah. Takot plak sawan ke apa nanti kan. Sampai sepital terus ke emrgency, doc terus tahan wad. Antaranya sebab high fever dan lung ada infection hasil dari xray. Kebetulan platlet darah pun low, doc suspek denggi. Tapi yang tu kene further cek la kan. Aku plak siap suh cek skali untuk leptoprosis aka kencing tikus. Bukan apa, risau, skang ni banyak sangat virus yang pelik2. Lagipun, kencing tikus ni bukan tikus je penyebarnya. Kucing pun boleh menyebarkan jugak.

Masa ni kat emergency kol 4 pagi, sampai je mmg doc terus drip sbb nak amek darah.


Pagi tu msa kat emergency rayyan kene amek gas. Doc kata gas tu untuk kembangkan paru2 die dan bagi kahak tu naik ke atas. Memula tu die ok je, tapi bila nampak asap kepuk kepuk keluar dari corong mulut tu melalak la die, kemain la takot. Selama 4 hari tu, asal tiba je time amek gas, memang nurse seme kene bekerjasama nak pegang rayyan. Sbb die meronta2. Nurse pun terkejut, makan ubat, ambek darah tak nages, tapi amek gas melalak kemain lagi.


Masa ni hari ke-2, sbbkan rayyan terlalu panas suhu die tapi mengigil cakap sejuk, nurse suh buka seme baju, pastu spooging ngan air.. Nurse cakap klu naik lagi, memang terus mandikan je.. Alhamdulillah, pas masuk ubat buntot ngan spooging, suhu turun..


 Sebabkan bosan, bawa la rayyan gi playground kat wad paed ni. Tapi bila orang lain masuk je, kami cepat2 balik bilik. Bukan apa, takot menjangkit. Dah la antibodi tgh lemah.


Masa hari selasa tu demam rayyan dah kebah, batuk pun dah kurang, paru2 pun dah clear tapi ada masalah lain yakni platlet darah keep on drop. Bila chek darah tok denggi negatif, so doc tak release keluar selagi platlet darah tak naik. Tu yang kami stuck kat hospital lama tu.


Opahnya plak dah sedih kemain, risaukan cucu tunggal die ni. Hari2 datang sepital. Kesian plak aku nengoknya, memang masa tu cuba la try gugel pasal platlet drop ni, seme info yang dapat seme menakutkan. So terus stop gugel, takmo sedih2 and think negative. Masa tu aku just berdoa, agar kesihatan rayyan dikembalikan. Tak sanggup rasa nak menengok anak sakit.

Masa ktorg kat hospital, BFF ada datang melawat. Time kasih bebanyak, siyes you all just made my day. Bila kita rasa sedih bercelaru gitu ada orang datang ziarah memang lega rasanya. Siap abwa donut T____T Rayyan makan donut kemain banyak sbb peberet die kan...

Hari Khamis ptg baru doc bg kami balik tu pun sbb bila tengok platlet darah rayyan naik sikit. Tapi jumaat pagi  tu kene datang sepital lagi amek darah sbb ptang Khamis tu result darah rayyan walaupun dah naik still border line..

Alhamdulillah, msa amek darah jumaat tu, platlet darah rayyan dah normal. Syukur sangat. Rasa lega sangat hati. Sampai skang ktorg tak tau virus apa yg serang rayyan, sbb seme test virus yang bt seme negative. Huhuhu...

Sebbkan rayyan baru sembuh, percutian annibesary kami yang sepatutnya hari ni sampai rabu terpaksa cancel. Kami taknak amek risiko, since rayyan pun belum betol2 recover, better dok rumah je. Bercuti bila2 masa boleh ye dak. Naseb baik la aritu booking hotel takyah bayar deposit, kalau tak burn je.. Dah rugi..

Total cost dok hospital 4 hari 3 malam, seme RM4556.00 pergh mahai gile.. naseb la company tanggung, kalau guna insurans sendiri sakit gak. So personal insurans dapatlah ktorg claim elaun sepital sehari RM300...

Itulah kesah kami di penghujung tahun 2012.... Memang dugaan, tapi kami redha.. Mungkin ini ujian Allah ke atas kami sebagai ibu bapa...



5 comments :

  1. syukur rayyan dh back to normsl..ibu mna yg tak ssh hti ank sakit..huhu..semoga dipermudahkan utk jue ye..

    ReplyDelete
  2. Semoga Rayyan dah sembuh sepenuhnya. Bagus juga berkuarantin di rumah saja...sebab budak2 ni memang body resistant low sikit.
    Private hosp. memang mahal...stay pulak kat single romm. ngalahkan rate hotel 3 star!!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rayyan dah recover, get well soon rayyan... Sabar mcik, byk pahala yg kte dpt as a parents yg byk bkorban utk anak2...

    ReplyDelete
  4. Arghhh! teringat kisah kakak admitted dulu :(

    Get well soon Rayyan, lepas ni tamo sakit2 lagi ye!

    Hewww, bills Alia dulu kitorang bayar sendiri babe. Mmg teruk jugaklah tp what to do. Duit boleh cari but anak takde galang ganti.

    :)

    ReplyDelete
  5. Moga rayyan beransur sembuh...
    Nape ye..? Jadi tanda tanya pulak..

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails