Alhamdulillah.... Dah 3 tahun usia rumahtangga kami.. Syukur Allah masih tetapkan hati kami antara satu sama lain, masih pelihara rasa cinta antara kami.... Sesungguhnya hubungan ini adalah Lillahi Taala.. Keluarga ini adalah tanggungjawab dan amanah...
3 tahun lepas, kami telah selamat diijabkabulkan pada tarikh ini 25 December. Dengan sekali lafaz, saya telah selamat menjadi isteri kepada Muhammad Amirul Adlee.. Bermulalah kehidupan rumahtangga kami yang kami bayangkan indah indah belaka :)
Walaupun telah berkawan lebih 10 tahun tapi hidup berdua atas ikatan suami isteri itu banyak bezanya ye. Orang yg dikahwini dan duduk serumah, tido sebatal tu tak sama dengan orang yg kita dok bercinta sakan 10 tahun tu. Heh bukanlah lain macam mana, masa bercinta kentut pun cover cover kan. Dah kawen baru tahu, kentut busuk ke wangi ke. Selama ni tak pernah tido sebilik, bangun pagi baru tahu macam mana muka pasangan ngan air liur basinya, selama 10 tahun kuar dating mana pernah nampak, selalu jumpa smart macho habes, perfume sebotol tu.... T___T lumrah alam bercinta dan alam perkahwinan... Betul tak?
Awal2 memang banyak ketidaksamaan yang dinampak. Banyak cacat cela yang timbul. Tapi kami sering muhasabah diri, perkahwinan bukanlah mencari kesempurnaan tetapi ia adalah langkah dan jalan untuk mencipta kebahgiaan. Masing2 ada tanggungjawab dan peranan masing2.
Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang ringan tulang, tak segan membantu saya menjemur baju di luar rumah, yang menolong saya melipat baju sambil berborak kisah harian kami, yang sudi meminjamkan lengan untuk saya tidur lena, yang akan memberi semangat apabila saya hampir rebah dan putus asa, yang sudi membantu saya mop lantai, cuci toilet walaupun tak capai tahap piawaian kebersihan saya tapi beliau tak pernah jemu membantu... Buruk baik die adalah suami saya dunia dan akhirat.
Bersyukur sangat atas nikmat dan pinjaman Allah yang satu ini.
Kami di hari pernikahan pada 3 tahun lepas. Tarikh di mana segala nya berubah. Syurga saya turut berubah. Redha beliau adalah jaminan syurga bagi saya.
Sejak detik ini, suami adalah imam solat saya. Apa saja keputusan yang saya buat, akan minta pendapat suami. Dari sebesar2 keputusan hinggalah sekecil2 keputusan seperti membeli baju. Bagi saya, walaupun ia kecil ianya tetap penting. Sbb apa yang saya pakai, tanggungjawab suami. Kalau tak sopan, suami lah yang menanggung dosa.
Teringat masa awal perkahwinan, suami menegur saya memakai tudung yg jarang. Katanya tak sesuai dan meminta saya tukar. Sentapnya perasaan saya waktu itu, memang bikin saya panas hati. Tapi dalam panas hati tu, kaki tetap melangkah mengikut apa yg diperintahkan. Tak boleh derhaka. Waktu tu saya hanya pikir, suami tak sporting ah. Dulu kenapa tak tegur, kenapa sebelum kahwin boleh. Lepas kahwin mcam2 pulak tak boleh, macam saja nak jadik bossy pulak. Kalau ikot perasaan yg marah memang boleh jadi gaduh. Tapi saya ambil langkah pasif, ikot dan diam sahaja jangan banyak cakap, cakap bila seme dah cool down.
Malam tu lepas solat jemaah, suami terangkan (gamaknye die pun dah cool down) sekarang saya sudah jadi isteri beliau yang sah. Dosa saya dia yang akan tanggung sekiranya dia tak tegur. Masa tu terus saya tersentak. Rasa macam bodohnya saya. Merajuk dan marah sebab benda yang memang betul salah saya. Suami tegur demi kebaikkan tapi saya sentap pulak.
Itu adalah peristiwa yang saya paling akan ingat sepanjang perkahwinan kami, pada mulanya ianya menyentapkan hati ni tapi bila difikir secara rasional, ianya sesuatu yg sweet. Sweet dan comel bila mana suami mula memainkan peranan beliau sebagai ketua keluarga, sebagai imam, sebagai pembimbing saya. T___T bukankah itu yg diidamkan oleh seorang wanita?
Itu adalah peristiwa yang saya paling akan ingat sepanjang perkahwinan kami, pada mulanya ianya menyentapkan hati ni tapi bila difikir secara rasional, ianya sesuatu yg sweet. Sweet dan comel bila mana suami mula memainkan peranan beliau sebagai ketua keluarga, sebagai imam, sebagai pembimbing saya. T___T bukankah itu yg diidamkan oleh seorang wanita?
Secara ringkas.
Dalam perkahwinan, jangan dicari titik persefahaman, sebab tidak wujud titik itu. Perkahwinan melibatkan dua individu yang berbeza dari segi sosial, budaya, persefahaman dan cara hidup. Apa yang penting, proses memberi dan menerima segala kekurangan dan kelebihan pasangan, tolak ansur dalam perbezaan, pikir sebelum berkata2, bersabar dalam ujian. Insyaallah, jika kita amalkan seme tu harmonilah rumahtangga.
Percayalah, perbezaan itulah yang melengkapkan kita dan pasangan. Setiap pasangan tu memang telah dijodohkan oleh Allah. Yakinilah dalam hati, pilihan Allah yang telah DIA tetapkan untuk kita itulah yg terbaik.
Suamiku,
Terima kasih menerima saya seadanya. Saya cinta kamu Lillahi Taala. Semoga Allah pelihara rasa cinta antara kita, kekalkan kasih dan sayang ini hingga syurga.
Amin
Happy anniversary juelee n hubby!
ReplyDeleteMoga bahagia hingga ke syurga
Share tarikh dgn bday nayli =)
happy 3rd anniversary!! semoga kasih sayang jue & hubby kekal mewangi sampai syurga..amiin
ReplyDeleteSweetnya..happy anniversary and congrats!semoga berkekalan hgga ke syurga..
ReplyDeleteSelamat Ulangtahun perkahwinan.. semoga kasih, sayang & cinta sentiasa dipelihara olehNya..semoga semuanya baik2 saja.. =)
ReplyDeletedah macam Prof Muhaya dah ko...anyway, moga berbahagia yerp GF!!
ReplyDeletesemoga sampai syurga!! aminnnn!!!
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah ye..
ReplyDeleteHappy Anniversary :D
semoga jodoh halal ini berkekalan sampai hujung nyawa.. semoga Allah kurniakan lagi rezeki berganda buat jue n pasangan. amin
ReplyDelete