Banyak sangat entri pasal foodie yang dalam draft so aku nak kasik publish. Geram nengok bertapa dalam draft tu. Macam biasa, aku ni bila wiken memang ligak memasak kalau takde ektibiti lain. Sebab laki aku memang suka makan kat rumah berbanding makan di kedai :)
Rasa beruntung jugak sbb tu maknanye die suka masakan kita dan sentiasa ingat kita di hati.. Tapi kalau time penat tu, rasa cam tensen plak nak memasak hahahaa.... Apa pun, takde la sampai bergadoh, kalau betol2 tak larat.. Bgitau je.. Habi ok je makan luar cuma jgn selalu lah....
Ni menu lunch last month la kot. Gulai tempoyak udang. Dulu menu ni memang peberet aku bila mak masak. Sekarang tak sangka plak aku berjaya masak menu ni sendiri. Sedap. Lagi sedap kalau guna udang besar yang fresh lagi akan terasa kemanisan udang tu. Bila digandingkan ngan tempoyak memang mabeles la... Kalau ada menu ni tak payah bt sambal dah. Bt ikan goreng je ngan ulam ulaman. Settle. Gerenti tambah nasi.
Tempe goreng kunyit. Peberet Rayyan. Bagus makan tempe ni tau. Banyak khasiat. Aku memang suka bt tempe gaya gini je, pastu makan macam keropok. Tak senonoh betol hikhikhik..
Sambal sotong. Sambal sotong ni biasa je, sbb bosan bosan asyik sambal ayam kita berubah ke sotong plak. Dulu aku tak tahu kalau nak masak sotong, takyah lelama nnt die liat. So bila dah tau ni memang aku masak bg cili garing dulu, pastu baru campak sotong dalam 4-5minit je. Padam api. Takde la masalah sotong liat lagi T___T
Inilah gandngan 3 menu utk hujung minggu kami. Simple but puas.
sedapnya sambal sotong.. nak masak sambal sotong jugak la.. nyummmyyyy...
ReplyDeletesambal sotong,my fav!!
ReplyDelete