Wednesday, August 1, 2012

Menu Berbuka Ramadhan 7


Ni la menu berbuka puasa kami pada Ramdhan ke 7. Simple je. Tapi yang pasti air tangan sendiri. Bulan puasa ni, ofis hour tamat pada 430pm, terus berdesup balik. Hehe dah 2 tahun gini. Dulu masa bujang selalu pelik je, tengok makcik2 semua kol 4 ptg dah packing beg kol 430 ptg je tercongok dah depan pintu lift. Nak tunggu lift tu pun boleh tahan lama. Skang, aku dah memahami dah perasaan makcik2 tu. Cuma aku ni banyak keje luar, so kurang la perasaan tensen tunggu lif, selalunya bila keje kat luar aku boleh la nak bk  awal 10 minit ke apa kan.. So takde la berasak2 bersesak2 ngan orang. Fleksibel la. 

Jumaat 7 Ramdhan tu balik keje masak kari kambing. Pestaim aku try masak kari kambing ni. Memang pakai hentam aje la. Resipi aku share kat bawah entri ni nanti. Pastu goreng ikan rebus, goreng togeh ala tepayaki tu. Tapi togeh ni tak sedap la. Kena carik togeh halus2 tu, baru sedap. Pastu ulam ulaman dan sambal belacan. Kebetulan ada left over gulai lemak udang campur rebung semalam, so kasi perangat je la.
Simple je masaknya, tapi boleh tahan penat gak. 

Now aku share resipi kari kambing nie.

Nak bagi tips, kalau nak sedap masak kambing. Silalah beli lamb jangan beli mutton. Daging mutton selalunya liat sikit. Beza lamb ngan mutton, lamb ni cattle (anak kambing so muda lagi, haruslah daging lembutkan), klau mutton tu kambing dah tua. Ala macam ayam pencen ngan ayam biasa la gitu.

Bahan2
1. Halia di hiris
2. Bawang besar, bawang putih dihiris
3. Daun kari
4. Rempah kari babas
5. Santan
6. kentang potong dadu
Cara masak.
1. Tumis halia, bawang putih, daun kari and bawang besar hingga naik bau...
2. pastu masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan air. Biarkan hingga garing.
3. Then masukkan kambing tadi, tutup biar empuk. Yang ni lama tau sebab nak bagi empuk. Aku pulak cerdik gi beli daging mutton. Memang lama la nunggu daging empuk kan.
4. dah empuk boleh la masukkan kentang then masukkan santan.
5. pastu masukkan garam secukup rasa.

Siap dah.
Naseb la menjadi kari kambing ni, takde plak bau tu. Kalau taknak bau, letak halia banyak sikit tau. Petang ni boleh la korang try...

5 comments :

  1. kari kambing..dpt cicah roti pun dah sedap

    ReplyDelete
  2. wah hebatnya.. kari kambing.. hubby pernah request tapi ain x reti nak pilih daging kambing.. ooo beli lamb ye.. kalau beli kat pasaraya mesti dia tulis lamb kan.. rasa2nya nak mencuba gak laa masak kari kambing..

    pastukan ikan rebus goreng tu maksudnya = rebus ikan dulu then gorengkan dia ye.. masa rebus tu nak letak apa2 tak? then masa nak goreng tu nak letak garam kunyit tak?

    ReplyDelete
  3. i tak makan kambing.tak tahan bau..

    ReplyDelete
  4. wow..kari kambing..kena cuba ni :)

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails