Monday, August 27, 2012

Pestaim seumur idop raya kat KL

Assalammualaikum...

Lemau sungguh nak masuk keje arini. Dekat 2 minggu gak la cuti T__T. Raya tahun ni spesel sikit. Speselnye sebab raya kat KL. Uiiiii dah 28 tahun hidup, tahun ni la pestaim raya pertama aku ada kat area KL. Kalau tak memang tetiap tahun balik kampung.

Tahun ni MIL turun Semenyih, so reramai semua berkumpul kat sana. Kebetulan plak tahun ni turn raya belah hubby. Haruslah follow giliran, jangan ngegada nak skip skip ok.Masa hari Jumaat FIL ngan seme ipar duai berbuka sama kat KFC Kajang, kebetulan plak biras aku (Farah) yang sorang tu dah bersalin. MIL dari hospital kajang melawat Farah. Pas berbuka dapatkan list nak beli barang basah tok masak di malam raya..... Hikhik pestaim gak aku g pasar tok beli daging segar, ayam segar, serai dan segala mak nenek la...

So Sabtu sebelum raya tu, ke pasar la aku. Pepagi lagi kol 630 pagi dah ke pasar. Tu pun ramai giler umat manusia kat pasar tu. Seme pakat2 nak beli barang basah, santan, daging, ayam segala.. Settle gi pasar, balik rumah sesiapkan Rayyan, kol 10 dah gerak balik Semenyih. Trafik adalah smooth T__T takde stress jalan jam HAHAHAHA...

Aku rasa kemeriahan Syawal ni, adalah pada hari sebelum raya je. Dok beramai2 siapkan juadah. Bila 1 Syawal tu dah takde rasa apa pun. Kalau kat kampung lagi meriah last day puasa tu,  sebab ramai sepupu sepapat hikhikhik tapi pelik la nape tahun ni takbir raya tak macam tahun2 sebelum. Selalu kat TV takbir raya lama sangat, kali ni takde... Huhuhu kat umah MIL pun aku tak dengar takbir, tapi dimaafkanlah sbb jauh masjidnye.... Kalau kat kampung memang dari malam raya lagi dah sayup2 suara takbir.. Takbir tu la yang sangat aku nanti2kan tetiap kali raya...

Petang tu g Tesco plak, adik ipar aku nak beli baju raya. Kat Tesco pun ramai gak orang. yang aku dok imagine takde orang hahaha ye la dok ingat orang balik kampung.

Last day buka tu kami masak sambal udang petai, rendang daging+paru, ayam masak hijau.. Pergh memang sedap la kan... 

Malam raya tragedi melanda, Rayyan terhantuk bucu katil. Terus tido awal.. Kol 9 kami dah tido anak beranak.. Hahahaha gitu la kisah before raya kami di KL.

Nanti kite cete kisah 1 Syawal plak ye...


3 comments :

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails