Ni hasil baking wiken lepas. Macam biasa Biskut Dahlia ni dah jadik biskut wajib bagi saya ngan mak saya. Tetiap tahun wajib buat biskut ni, selalunya resipi kami gugel je. Dan tetiap tahun kami akan facing problem yang sama, bila bakar je biskut ni kompem die jadik kembang melayorr (kata orang perak la).. Siyes jadik buruk sangat rupanya, rasa pun kureng je.. Pastu dah menajdik masalah plak kami kene tambah tepung sikit2 bagi adunan tu bila bakar tak kembang meleper je.
Tahun ni kami try satu resipi unik. Tengok kat TV dari Chef Liza. Mak saya ler yang tengok tu, ate dah surirumah... Harap aku, memang tak sempat nak tengok TV. Mak kata resipi ni resipi orang dulu2. tak yah guna mixer bagai. So, aku pun ajak la mak aku try buat. Mana tau kot sedap. Selalunya kalau betol resipi orang lama, sure sedap punye.
sebagai permulaan aku buat satu adunan je dulu. Adunan pertama ni mak aku yang bancuh sebab aku dah kepenatan buat tart nenas 600 bijik sebelum tu.
Aku nak share resipi ni kat blog sebab ramai yang komen kat FB minta PM resipi. Biras aku aka Nana nak try buat katanya....
Bahan : guna sukatan cawan je, i likeeee!!!! (mudah dan senang)
1 cawan butter ( aku guna buttercup)
1 cawan tepung gandum
3 biji kuning telor yang dah direbus.
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
esen vanila
ceri yang dopotong sebagai hiasan
Cara cara membuat
1. Telor yang dah direbus tadi, amek kuningnye dan hancurkan dalam bekas guna senduk je. Takyah guna mixer.
2. Bila telor dah hancur baru masukkan icing sugar. Gaul hingga sebati.
3. Lepas tu masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan esen vanilla. Kacau hingga sebati. Guna tangan uli lebih mudah.
4. Dah sebati adunan tadi, baru masukkan butter. Teruskan gaul hingga sebati.
5. Sekiranya rasa adunan tu terlalu lembik susah utk diuli, masukkan tepung gandum sikit2 dan gaulkan sehingga agak2 adunan tu tak lekat lagi kat hari2. Jangan terlalu keras tau.
6. Boleh la start men"DAHLIA". Pastu letak ceri atas bunga dahlia tu.
7. Bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit. (ni bergantung pd oven memasing ye)
Hasilnye, seperti dalam gambar. Biskut tak kembang melayor, cantek je. bunga pun cantek. Rasa just nice, tak terlalu manis, tak terlalu rapuh. Perfecto!
Oleh sebab kesempurnaan tekstur dan rasa, terus kami repeat untuk buat 4 adunan lagi. Kali ni aku plak try uli.. Haruslah belajar kan. Nanti kalau nak buat senang.
So wiken ritu siap la 5 adunan biskut dahlia kami. Aku ngan mak aku bt banyak bukan apa, mak aku nak bg opah kat perak ngan keluarga mertua kat melaka. Aku punya bahagian amek sekadar untuk makan je. heheheh. Cuma enjoy bila buat kuih tu....
PS:/ Kami syak biskut tu tak kembang melayor sebab guna telor yang dah rebus and then tak pukul guna mixer.. Guna tangan je uli, jadik idok ler adunan tu jadik kembang mambang.. Syak aje la.. Teori sendiri hahaha
sedap biskut nie..bknnya org panggil samperit gak ker Jue?
ReplyDeletewah rajinnye jue wat biskut raya...hehe akak malas sesunguh beli jerlah nnti...
ReplyDeletetips buat biskut, tak bley over beat klu over beat mmg dia tak akan bershape biskut tu bila dah bakar...lai satu akak tgk resepi nie byk guna tepung - tepung kastard, jagung and icing (cmpuran gula and tepung jagung) sbb tu cantik rupa dia...
next year nak kena try buat nie...thn nie dah tak smpt dah nak menguli kuih...huhu
ju, nk kopipes ek.. tq yang :)
ReplyDeleteye ke ni masukkan butter last skali.slalunya butter kna sebatikn dgn gula dlu..mohon pencerahan ye.tq..
ReplyDeleteBiase buat guna telur mentah.tak prnah dgr buat dgn telur rebus.nk try jugak buat
ReplyDelete