Monday, August 13, 2012

Resipi Tart Nenas Gebu: biskut all time peberet




Sebelum buat biskut Dahlia, kami buat biskut tart nenas ni. Perghhhh penat wei.. Mau taknye buat inti je guna 8 bijik nenas. Inti aku ngan mak aku bt sendiri. Lagi sedap !! hehehe 

Sebagai untuk kemudahan di masa hadapan, aku nak catat resipi tu kat blog ni. Selain boleh jadik reference boleh gak orang lain guna.

Bahan- bahan untuk inti nenas

1. Nenas yang dah diblender dan ditoskan airnye 2 mangkuk.
2. gula satu mangkuk
3. Daun pandan
4. Kulit kayu manis
5. Jus oren sunkist (perah dari buah sunkist tau, sebelah)

Cara buat inti.

1. Masukkan nenas gula, daun pandan, kulit kayu manis, dan jus oren dalam kuali. Biarkan dalam kuali hingga kering.
2. kacau sekali sekala jangan bagi hangus. kalau guna kuali non-stick pan tu, insyaallah tak hangus.

Bahan2 untuk buat kulit tart 
 
1. buttercup 250 gram = seketol lah tu
2. Tepung gandum 300gram
3. Gula Icing 40gram
4. Tepung jagung 40gram
5. Esen vanila sikit
6. Pewarna kuning sikit.
7. Telor sebiji

Cara buat kulit tart 
 
1. Pukul butter dan gula icing guna mixer dgn perlahan.
2. Masukkan telor dan pukul.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta esen vanilla dan perwana.
4. Dah siap untuk diuli. .
5. Terapkan adunan, letak inti, Sapu kuning telor atas tart tadi dan bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit.


Settel. Saya ngan mak saya buat 6 adunan. Perghhhh memang terbaik.. HAHAHAHA merasa la sakit pinggang. Tart ni kalau nak buat makan ok la, tapi kalau meniaga rasanya sakit pinggang nak uli...

Kalau 2 adunan dapat dalam 160 bijik tart.. hehehe so 6 adunan dekat 600 bijik gak la.. mana tak patah pinggang...

3 comments :

  1. sdpnyer. nk raser boleh? :)

    ReplyDelete
  2. Sis...telur tu pkai yg kuning je ke atau sbjik putih + kuning

    ReplyDelete
  3. Sis...nk tny...telur tu mmg sbijik x yah asing putih n kuning ek?

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails