Thursday, July 26, 2012

Puasa hari ke -6

Siang makruh post gambar maknan so kita published waktu malam hikhik.... Hari ni dah masuk hari ke 6 kita puasa. Alhamdulillah, dah 6 hari berjaya memasak dan tidak beli di PARAM. Memang penat, sape tak penat. Dari pagi kol 430 pagi dah bangun, prepare sahur. Saya ni kalau sahur takat minum air, makan kurma pun oke. Tapi suamiku perlu makan nasi, kang merajuk plak tak dapat makan nasi time sahur. Selalunya saya masak lebih lauk buka so tok sahur perangatkan je. Kalau nak tambah lauk pun setakat ikan goreng, telor goreng or yang simple. Tak kuasa la nak menumis sambal ke, perah santan subuh subuh alam tu.

Ni menu berbuka untuk hari ni. Balik keje kol 430 petang, plus minus jam segala, kol 6 gak la sampai rumah. Pastu terus sinsing lengan baju turun dapor. Maka terhasillah lauk di bawah. TomYam campur, ikan keli berlado, ulam ulaman dan sambal belacan. Kali ni hubby makan tambah 2 x, siap jilat jari. So maknanya sedap dan menepati selera dia la. Macam semalam masak sambal kicap ayam tapi termasin sikit, hubby makan sikit je. So paham la sendiri.


Lagi 24 hari nak pikir menu berbuka nie.. Adoi hai.... Hehehe susah jugak kan jadi chef ni... HIKHIKHIK..

4 comments :

  1. Sedapnyer....saya pun masak gak tiap hari...tapi sempat satu menu jerk...hehhe..seb baik dpt hubby dan anak yg x byk songeh bab mkn...hehehe

    ReplyDelete
  2. samalah..kty sahur pun minum air, makan kurma je..tp suami ngn anak2.makan nasi.

    berbuka mmg masak sendiri.
    takde kuih muih..sbb semuanya mmg makan nasi je, jadik tak perlu ke Param

    ReplyDelete
  3. sempatlah jugak masak, okeyla tu :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,bgs la air tgn isteri

    blh dicontohi

    selamat berbuka puasa julie :)

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails