Tuesday, November 11, 2008

Jenis darah korang..

Kalau kat Jepun, nak kahwin ataw nak berkenalan ngan seseorang sangatlahh mementingkan jenis darah, sebab bagi depa jenis darah ni menentukan karakter seseorang.. So depa nak tentukan tahap keserasian hubungan tu la kononnyer..

Aku jumpe website nie, karakter bagi jenis darah.. Lets see...

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yangd emikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walaubagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat denganmu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan.Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel,mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiridalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namunada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dantidak gemar meminta bantuan orang lain itu,mampu mendatangkan masalah buat diri mu dansekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Hmmm aku insan yang dilahirkan berdarah O+ ye....

Owhhh uols sume darah pe ye?

12 comments :

  1. ~ wahh.. perfecto!!! sangat kena ngan batang hidung sendiri. ~

    ReplyDelete
  2. dah 18 thn hidup,,
    smp skrg anim xtau anim drh ape.
    hahah!

    ReplyDelete
  3. daku berdarah B..mcm betul je itu tekaan..

    ReplyDelete
  4. alah aku luper la, aku A ker B ek? hehehe...

    ReplyDelete
  5. aku darah B!! yey banggenye!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Sha nieh kelakar ke ek? Sha darah AB...huhuhu...

    Mesti Jue pemurah...tuh pasal darah O...:D

    ReplyDelete
  7. darah B+ .. ehmm, mcm sama plak ciri2nya tuh .. ahaks ..

    ReplyDelete
  8. wahh ramai yang darah B la.. anim kene p cek nie..

    ReplyDelete
  9. yay..sy AB
    kamu senang sama sy ya??
    hahahha..syiok2 org AB nie rupa nyer
    hihi...

    ReplyDelete
  10. yay..sy AB
    kamu senang sama sy ya??
    hahahha..syiok2 org AB nie rupa nyer
    hihi...

    ReplyDelete
  11. yay..sy AB
    kamu senang sama sy ya??
    hahahha..syiok2 org AB nie rupa nyer
    hihi...

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails