Friday, July 9, 2010

Nak cete cara2 penjagaan CD

Kali nak share cara2 penjagaan CD yang saya jumpe di internet.. Hehehe suka betol saya ngan Mr Goggle ni, sume persoalan terjawab dengan mudah...

Saya copy n paste aje la ye... Sebagai rujukan saya dan mungkin reader sekalian...

Sebaik sahaja menerima CD :

1. Lakukan Pre Wash sekurang²nya 3 kali dengan air suam tanpa sabun. Ianya adalah untuk menghilangkan kotoran dari kilang dan meningkatkan daya serapan basahan. Harus di ingat semakin banyak anda basuh, semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh elakkan kebocoran. Jika anda baru gunakan CD, jgn panik jika adanya kebocoran…mungkin daya serapan tidak begitu baik lagi. Teruskan guna CD anda, Insya Allah bila dah byk kali basuh, prestasi CD anda akan bertambah baik.

2. Selepas pemakaian CD, bilas CD dgn air yang byk. PooPoo blh di flush dalam toilet bowl…pancut dgn air yang deras…biasanya kesan kekuningan akan kelihatan atas CD…jgn risau…basuh macam biasa samada menggunakan tangan atau mesin basuh. Boleh juga rendam dulu CD yg kena PooPoo terlebih dahulu, kemudian basuh bersama² CD yang lain. Kesan kekuningan akan hilang jika anda jemur dibawah sinaran matahari.

3. Basuh CD anda hanya menggunakan kuantiti sabun yang sedikit (1/4 daripada sukatan biasa). Lebih elok guna sabun jenis yang kurang buih, tidak mengandungi enzyme (pewangi atau pemutih). Kalau anda tidak tahu mana satu…guna je sabun Pureen Had.

4. Jika anda menggunakan mesin basuh, seeloknya CD dibasuh menggunakan washing net/laundry net. Net ni blh didapati di kebanyakan pasaraya seperti The Store…ada pelbagai saiz…pilih ikut kesesuaian.

5. Jangan sesekali guna peluntur atau softener kerana ia boleh merosakkan CD dan mengurangkan daya serapan.

6. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya ‘Sunlight‘) pada ‘microfleece’ untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.

7. Sekiranya anda sudah lama menggunakan CD dan insert nampak kekuningan, anda boleh la perahkan limau nipis pada insert yg basah dn tinggalkan sekejap sblm dibasuh. Ataupun anda blh juga campurkan sket soda bicarbonate semasa sesi basuhan kemudian blhla dibilas dgn air yg telah dicampurkan dgn sedikit cuka. AMARAN jgn sesekali buat camni kt CD kerana ia blh merosakkan CD bhgn luar yg berwarna-warni (PUL)…CD anda kemungkinan akan bocor.

8. Sebulan atau seminggu sekali atau bila CD dh hilang daya serapan, lakukan ’stripping’ untuk untuk membersihkan CD dari kekotoran halus dan mendapan sabun yg terkumpul kt bhgn luar dn dlm ‘microfleece’ dgn sabun pencuci pinggan, contohnya “Sunlight’, kemudian blh la dibilas dgn sebersih2nya supaya ‘microfleece’ dpt berfungsi dgn baik semula.

Terima kasih kepada penulis...


Apa itu stripping???? Click je kat sini.....

Tak pun gini aje la, tips ni saya google juga...

Penggunaan kali pertama

1. Lakukan prewash sekurang-kurangnya 3 kali basuhan.Ulang langkah kedua dan ketiga dibawah.
2. Sebaiknya rendam dalam air suam selama 2-3 jam utuk meningkatkan daya serapan insert
3. Bilas,spin dan jemur di bawah cahaya matahari.


Basuhan biasa (penggunaan harian)

1. Keluarkan insert dari pocket CD.

2. Buang segala stool ke dalam mangkuk tandas terlebih dahulu sebelum dibasuh.

3. Pancutkan dengan air yang deras bagi menanggalkan kesan poo pada bahagian fleece.

4. Bilas CD dan insert yang terkena pee.

5. masukkan sedikit sabun yang tidak mengandungi pelembut,pewangi @ peluntur.(digalakkan menggunakan sabun yang hanya sesuai untuk lampin bayi sahaja)

6. Basuh seperti biasa samada menggunakan mesin basuh / basuhan tangan.

7. Sebaiknya masukkan CD ke dalam laundry net (untuk mesin basuh) untuk menjaga jangka hayat CD anda.

8. Sidai CD anda di bawah sinar matahari.Pastikan bahagian dalam menghadap cahaya bagi memelihara warna CD agar tidak cepat lusuh.

Teknik basuhan (bagi insert yang sudah nampak kekuningan)

* Rendam insert dalam air panas selama 2-3 jam
* Atau perahkan sedikit air limau nipis dan biarkan seketika
* Atau letak sedikit soda bicarbonate yang dicampur dalam air semasa membasuh.


Teknik ‘Stripping’ (bagi Cloth Diapers yang sudah kurang daya serap)

* Guna sabun pencuci pinggan yang mempunyai kuasa untuk menanggalkan minyak.
* Basuh di bahagian dalam dan luar microfleece bagi menghilangkan mendapan sabun dan
kotoran-kotoran halus.
* Teknik 'stripping' CD boleh dilakukan sebulan sekali.

Teknik Stripping- Stripping

Sebulan sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik.

Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

Nota Peringatan

1. Jangan gunakan berus untuk menghilangkan kotoran pada CD anda.
2. Jangan gunakan ‘softener’ atau ‘bleech’.
3. Jangan gosok CD atau insert anda.

No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails