Hurm semalam baca paper isu nie..
Sebab ni la aku macam gerun nak bersalin kat GH..
Ingat lagi masa aku nak bersalin, memula konon nak gi GH la..
Sebab nak save..
Sekali hubby plak kata die sanggup top up bayar ( company aku support baby delivery cost tapi ada limit ie: if normal delivery RM2.5K and ceaserian RM4K) . Kita memang well known la kan kalau bersalin kat private the cost might goes up to RM10k..
Bila hubby yang govermant servant pun dah cakap gitu, cer pikir apa aku rasa???
Terus la aku laju je register kat private hospital..
Sebabkan isu2 kecuaian ginilah sebenarnye yang merisaukan..
We dont mind pay more, if the service is much better...
Kesimpulannya, now dah kene start saving for 2nd baby delivery...
Masa me bersalin ritu via ceaserian RM5.7k...
The cost may increase la in 2-3 years ahead..
So be prepare!!!
Copy dari Berita Harian Online:
KEADAAN muka bayi yang lebam ketika dirawat di HTAR, semalam.
KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu. Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan.
Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktor bertugasapabila beliau terus mendesak meminta penjelasan.
“Apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. Isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan. “Saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ditemui di sini, semalam. Ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23, menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, Isnin lalu. “Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka. “Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat.
Doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi,” katanya. Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.
baru pas bace entry MZ tadiii..gerun sungguh!!!
ReplyDeletejue:
ReplyDeletesedih baca cerita macam ni kan..??tp alhamdulillah, masa aku czer dulu kt hosp serdang takde la jadi macam ni..semoga dikuatkan hati ibubapa bayi tersebut..dan hati kita-kita yang melihat ni..
N bace jgk..sedih sgt...jue..muwah gak czer kne 5k..N aritu dkt 10k...
ReplyDeleteNauzubillah!! Aku nak bersalin kt HKL nie Jue.. Moga dijauhkan perkara2 mcm nie..
ReplyDelete