Thursday, February 24, 2011

Panduan sediakan EBM

Okeh skang aku nak share panduan sediakan EBM, info ni semua hasil google dan forum serta grup ibu menyusu.. Kiter share ilmu tu sesama tok kebaikkan anak2 kiter..

Memula nak gitau haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya. Kalau guna warmer tu, memang suhu yang dibenarkan 40 darjah tau, kalau lebey matilah sume enzim and antibodi serta nutrien dalam susu ibu tu..

Kiter kene ensure point2 kat bawah ni diikut..

1. Untuk EBM yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk (bahagian chiller);

  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika. Kalau guna warmer memang mudah, set je suhu then die akan panas constantly..
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) frozen EBM daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:

  1. Gunakan EBM yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).
  2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
  4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
  5. Frozen EBM yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk. Selalu aku memang terus frozenkan je ..

TIDAK BOLEH:

  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
  • Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.




2 comments :

  1. Juelee,
    Pasal susu yg kita simpan lama sikit kat fridge kan rasa boleh "lari" kan..Kita terkena tapi susu yg dah frozen. Baby kita refuse minum semalam. Maybe kita simpan 2-3 hari susu tu kat fridge baru naikkan utk bekukan. Agaknya mmg dah terserap bau lain walau fridge kita ni kosong la jugak..Hehe. Rugi rasanya..

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails