Friday, January 18, 2013

Dugaan - Kereta Hilang!

Hari Jumaat yang mulia ini kami sekeluarga telah diduga dengan ujian dari Allah. Kereta Perdana kepunyaan arwah ayah saya telah hilang dicuri. Kereta tersebut memang kepunyaan arwah tapi loan atas nama saya, dan sekarang masih lagi under payment dengan bank, ada lagi 2 tahun.  Kereta tu skang, adik yang guna utk bawa mak ke pasar, Tesco, balik kampung. Memang kegunaan adik2 dan mak.

Pagi Jumaat masa hantar Rayyan ke rumah mak, nampak mak ngan adik2 kecoh2 kat luar rumah. Dalam hati dah syak dah, mesti ada something wrong. The moment mak kata kereta hilang tu, terus berdesuppppp darah naik. Tak tau nak digambarkan kata2, rasa marah ada, kecewa ada, rasa kehilangan ada. Ntah. Seribu satu rasa.

So adik lelaki saya cepat2 pergi repot polis. Settle repot polis, saya plak pergi buat claim insurans. Claim insurance saya buat kat Etiqa Takaful kat Dataran Maybank. Bila buat repot tu, orang yang amek repot tu pun cerita die pernah hilang kereta jugak. Proton Waja. Akhirnya memang jumpa, tapi jumpa rangka je kat jerat cina. Enjin dan seme barang lain dalam kereta dah selamat dijual agaknye. Hurm. 

Pastu Call bank, tanya balance loan seme ada berapa lagi. Insurans plak cakap, proses claim will takes about 3-6 months. Sementara tu still kene bayar installment kat bank even kereta dah takde :( 

Lepas settle seme, baru masuk ofis. Duduk sekejap dan mula fikir secara rasional. At the beginning memang frust, marah dengan si pencuri. Tapi, bila dah cool down. Saya pikir secara positive, maybe ini seme ujian Allah, ada hikmah yang kita tak nampak. Kereta tu pun dah lama. Maybe kalau ktorg terus guna akan eksiden ke. So Allah hilangkan dia dari ktorg dulu. Bersangka baik lah pada Allah, kerana DIA maha mengetahui segalanya.

Cepat2 saya istigfar. Redha. Bukan senang nak redhakan hati ni, mulut memang cakap redha. Tapi hati. Bukan senang nak pujuk. Alhamdulillah, lepas wazzap ngan BFF, istigfar. Hati mula redha dengan kehilangan ni. Lagipun, kalau dibandingkan dengan orang lain, ujian bt kami ni kecil aje. Dibandingkan dengan orang lain yang ada anak sakit, banjir, kurang upaya. Terus insaf. 

Betol lah, bila kita ditimpa musibah, look at others that worst than us. Baru kita akan sedar. Jangan pandang ke atas, tapi lihatlah ke bawah. Baru kita akan bersyukur dalam keredhaan.

Satu je doa saya, agar si pencuri tersebut menemui hidayah dari Allah. Saya halalkan duet hasil jualan kereta yang bakal dibaraikan dan dijual tu. Dosa dia dengan saya, settle. Tapi dosa die dengan Allah kerana mencuri, semoga Allah ampunkan. 

26 comments :

  1. Bertabah lah!!!

    Tau tak , BLOG saya sudah hilang. Semua follower saya juga ilang pada kelmarinhari.

    Maka..inilah url baru saya..

    http://makbedthejournal.blogspot.com

    jemput datang. dan like page FB saya sekali.

    ReplyDelete
  2. Sabar ye juelee

    kami sekeluarga ada masalah lagi besar dari juelee.

    mmg btl hati sukar dipujuk

    semoga kita sabar dan tabah hadapi ujian,Amin

    ReplyDelete
  3. dear, fyi proton perdana mmg wanted. sbb spare part n segala pd body keta tu sgt2 laris di psrn gelap. mmg byk dh kes kereta ni hilang. even my ex-bos dh 2x kehilangan kereta perdana dia

    ReplyDelete
  4. saba jue
    alhamdulillah jue maafkan pencuri tu
    tpi hudud ttp hududkan?
    tak terblas kat dunia
    kat akhirat kat pdg mahsyar nnti taulah sape pencuri tu
    btw..
    semoag dipermudahkan urusan tersebut since jue beli kerata tu tuk kegunaan yg baik

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..innalillah jue..hrp2 dptlah jumpa blk kereta tu..tp betul gak setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..Allah je yg Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
  6. saya paham ....sbb arwah ayah saya pernah hilang kereta (adik saya yg byr loan bulanan)...and kejadian keta dicuri itu adalah salah satu titik penyebab ayah saya jatuh sakit hingga koma and meninggal (ayah saya ada sakit jantung and later discovered heart cancer)...so saya tidak dpt nak memaafkan si pencuri kereta yg berhati kejam itu...:(

    ReplyDelete
  7. setiap kehilangan ada nilainya.
    yang penting sabar :)

    ReplyDelete
  8. @Makbed Journal

    tq mak bed... dah follow belog baru hehe

    ReplyDelete
  9. @Peri PiA

    tq pia.. insyaallah.. sesama la kita bersabar dgn ujian allah...

    ReplyDelete
  10. @antalya

    itu la, ramai yg bgtau gitu katanya perdana ni enjin die buatan tangan so mmg takde mass production.. hurmmm

    ReplyDelete
  11. @Sidratul Muntaha

    tq kak.. maafkan je la kak.. kita marah pun berdendam ke tak dapat apa pun, benda dah ilang kan.. tapi dosa mencuri tu die tanggung la..

    ReplyDelete
  12. @rDnA

    tu la sanagt berharap dpt jumpa balik sbb sayang sangt kete arwah tu..

    ReplyDelete
  13. @Mama Zharfan

    i feel u MZ.. berat sungguh ujian allah ke atas famili MZ.. kalau saya di tempat akak pun mungkin tak dpt maafkan... sesama kita sedekah al fatihah tok arwah ayah kita..

    ReplyDelete
  14. semoga trus tabah kak ... insyaAllah, hilangnya mungkin ada hikmah yg msh kitax nmpk ...

    ReplyDelete
  15. Takziah juelee
    Allah sayang juelee, tu sbb diberikan ujian
    Tabah ok!

    ReplyDelete
  16. takziah atas kehilangan.. sure ralat nk bayar benda yg takde kan..today 2 keskecurian nurul dgr, masyaAllah, my xofficemate pun rumah masuk pencuri, barang bernila hmpir 20k hilang..risau sgt2 bila pencuri masuk..risau masuk lagi...apapun syukur la dia hanya curi kereta, kalau melibatkan nyawa..nauzubillah...semoga Allah buka hati2 pencuri itu..

    ReplyDelete
  17. Ya Allah..dugaan berat gak tu.. tp syukur la Juelee redha..

    pencuri tu senang kat dunia ni je. kat akhirat, mesti ada balasan untuk dia jugak.

    ReplyDelete
  18. Salam.. sama laa kt husbd sy hilang gak kereta perdna hri jumaat .. sedihh kan kereta hilang sekelip mte jerr. Apa pun redha . Apa yg berlaku mest ada hikmahnya .

    ReplyDelete
  19. Salam.. sama laa kt husbd sy hilang gak kereta perdna hri jumaat .. sedihh kan kereta hilang sekelip mte jerr. Apa pun redha . Apa yg berlaku mest ada hikmahnya .

    ReplyDelete
  20. Salam
    Hari tu kereta hsbd pon hilng gak keta perdana jgk di pagi jumaat
    Mmg sedih bila kereta hilangg. Apa pun ttp redha . Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  21. Saya pun x tau dh nak cakap apa..saya baru kehilangan kereta waja no pfb 7078 warna meron..di parking hospital.parking sebab masuk wad operate mata..anak ramai gaji kecil .. bayangkan terpaksa berulang 3 kali hantar anak sekolah berlainan setiap pagi..dan jemput pula nanti..hanya tuhan yang tahu sebab itulah kamisekeluarga diuji.saya x akan maafkan si pencuri dunia akirat..di dunia mungkin kau terlepas..disana nanti tau lah azabnya..

    ReplyDelete
  22. Saya pun x tau dh nak cakap apa..saya baru kehilangan kereta waja no pfb 7078 warna meron..di parking hospital.parking sebab masuk wad operate mata..anak ramai gaji kecil .. bayangkan terpaksa berulang 3 kali hantar anak sekolah berlainan setiap pagi..dan jemput pula nanti..hanya tuhan yang tahu sebab itulah kamisekeluarga diuji.saya x akan maafkan si pencuri dunia akirat..di dunia mungkin kau terlepas..disana nanti tau lah azabnya..

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails