Menu orang malas. Grilled chicken je. Hehe lagi mudah bila mana, ayam tu grilled guna kuali ajaib aje. Takyah guna oven, guna non-stick pan ke. Tak payah. Perap ayam dengan sos kicap ABC dan lada hitam setengah jam then masukkan dalam kuali ajaib. Biar 20 minit. Settle dah siap masak ayam.
Side dish selalunya aku tengok bahan apa yang ada dalam esbok. Macam aritu ada kentang ngan karot je, so nak bt mashed potatoes malas. Kita slice je potatoes tu, pastu gaul ngan lada sulah dan oregano. 5 minit sebelum tutup api campakkan dalam kuali ajaib jugak.
Jangan campakkan awal2 nnt lembik pulak potatoes tu.
Carrot pun sama jugak, kita guna baby carrot. Memang suka baby carrot sebab lagi manis rasa die..
Resipi kedua, kita tak guna kentang, kebetulan ada brokolli and button mushroom. So gunakan konsep yg sama. Brokoli dan button mushroom di masukkan dalam kuali agak2 bila dah nak tutup api.
Masa kita upload gambar ni kat twitter dan insta, ada yg minta resipi camne bt sos mushroom Blackpepper souce ni.
Baiklah saya share resipi ni ngan kekawan. Actually ni resipi try and error, dah 2,3 kali buat baru dapat yg perfecto begini. Memang sedap. Bukan saya yang cakap, suami yang cakap.
Kalau kita yang masak kompem kita puji kan, tapi kalau nak bukti suami saya setiap kali saya buat grilled chicken ni, die punya kene ada 2 ayam ok. Baru cukup. Katanya sos die sedap, pedas, manis, masin cukup rasa katanya.
Bahan2 utk sos.
- 3 sudu sos cili
- 1 sudu sos tomato
- 1 sudu kicap manis ABC
- Serbuk lada hitam (yang ni saya guna yg dah siap tumbuk tu, bukan yg Oshio tu tau)
- Bwang besar sebiji
- Bawang putih 2 ulas
- Mushroom 7-8 biji dihiris halus.
- tepung jagung
Cara buat
- Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cendawan yang dihiris halus hingga naik bau.
- Dalam mangkuk, bancuhkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan serbuk lada hitam. Campur sedikit air.
- Masukkan campuran sos td ke dalam kuali dan kacau.
- Masukkan tepung jagung yg dibancuh bg memekatkan kuah sos.
- Jika kurang masin boleh tambah garam, tapi saya tak tambah pun. Lada hitam pun boleh ditambah ikot kepedasan masing2.
- Siap dah sos anda. Kalau nak halus, boleh la blend tapi saya suka cendawan2 tu boleh bt kunyah2 geget2....so saya tak blend pun...
Simple aje kan? Tapi kalau sukatan tak kena memang tak jadi. Sbb saya dah pernah bt pertama kali dulu, tak sedap sangat. Tapi bila dah reti adjust bebahan, setanding rasa di kedai :)
sedapnya,thanks for sharing
ReplyDeletewah nmpk mcm sng je sis buat,ingat sy nk try utk lunch.ank sy yg kembar dgn yg bongsu tadika.balik umh kdg2 x mau mkn nasi.mcm td sy buat burger je,hr tu spageti.
ReplyDeletesy dh bookmark page ni tq 4 sharing ye ^^
Thanks!
ReplyDeleteMalam ni jugak nak buat heheh!